> CETUSAN > Memartabatkan sukan catur di universiti, cadangan ini patut diambil perhatian!
Memartabatkan sukan catur di universiti, cadangan ini patut diambil perhatian!
MUHAMMAD AFDAL NOOR AZMAN, USIM Rabu | 12 September 2018

SUKAN catur di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) kini kian berkembang dan ramai bakat baharu pada setiap tahun terutamanya dalam kalangan pelajar. Pasukan catur Usim baru-baru ini misalnya telah berjaya memperoleh perak bagi kategori Rapid Individu Wanita, gangsa bagi kategori Blitz Individu Lelaki dan kategori Rapid Pasukan Lelaki. Ini merupakan pencapaian yang harus dibanggakan berbanding pencapaian pada tahun-tahun sebelumnya.

Semestinya masyarakat di Malaysia sedia maklum bahawa sukan catur mampu memupuk keperibadian yang unggul dalam kalangan individu terutamanya kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa. Kajian telah membuktikan majoriti kanak-kanak yang bermain catur mampu mencapai tahap akademik memberangsangkan. Di negara-negara barat contohnya, kanak-kanak mereka dipupuk sejak kecik agar bermain catur sehingga bergelar pemain profesional ataupun Grand Master. Permainan ini juga boleh dijadikan sebagai kerjaya seperti sukan lain antaranya bola sepak, tekwando dan badminton.

Pihak universiti seharusnya memandang perkara ini dengan lebih mendalam kerana sukan catur mampu memupuk para pemain tentang sikap profesionalisme, berfikir secara kritikal dan kritis, meningkatkan kreativiti individu, memupuk kesabaran, meningkatkan daya ingatan dan mengajar erti tidak putus asa. Pada pandangan penulis, sukan catur amat sesuai untuk semua peringkat umur, budaya, agama dan bangsa, juga boleh dimainkan pada bila-bila masa.

Di era teknologi serba canggih ini, sukan catur semakin mudah untuk dimainkan. Permainan ini bukan sahaja boleh dimainkan di atas papan catur sebenar, malah juga di dalam bentuk 2D mahupun 3D menggunakan komputer, telefon pintar, tablet dan banyak lagi. Dengan kata lain, di era globalisasi ini, tiada apa yang mustahil untuk dilakukan terutamanya di dalam sukan catur.

Oleh itu, penulis mencadangkan agar sukan catur ini diberikan perhatian lebih serius bagi membantu mahasiswa dan mahasiswi universiti membina keperibadian yang lebih holistik dan berdaya saing pada masa akan datang.

Beberapa cadangan boleh dikemukakan seperti, mewujudkan subjek sukan catur pada setiap program pengajian yang ditawarkan, menjadikan permainan catur sebagai salah satu syarat graduasi di mana para pelajar wajib sekurang-kurangnya menguasai asas permainan catur sebelum mereka menerima skrol ijazah, mewujudkan lebih banyak pertandingan di dalam dan luar universiti, ataupun setiap universiti perlu mewujudkan school of chess di dalam kampus bagi melatih dan melahirkan pemain-pemain catur yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, seterusnya mampu melahirkan Grand Master.

Adalah besar harapan penulis agar sukan ini menjadi perhatian di dalam negara kita yang tercinta ini. Jika ingin dibandingkan negara-negara lain, Malaysia kini berada di kedudukan ke-82 berbanding 178 buah negara yang tersenarai di bawah FIDE, iaitu organisasi yang menaungi sukan catur di peringkat antarabangsa. Kita tidak boleh hanya mengharapkan kepada beberapa pemain sahaja yang berjuang untuk mengharumkan nama negara, malah lebih ramai pelapis perlu dipupuk untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Wakil Usim dalam sukan catur di Sukum 2018.
Wakil Usim dalam sukan catur di Sukum 2018.

*Penulis merupakan Penolong Pendaftar, Bahagian Madal Hayah, Global Open Access Learning, Immersive Technology & Quality Assurance (GOAL-ITQAN), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...