U-Inovasi > Penyelidik UTeM sumbang kepakaran cipta inovasi tenaga boleh diperbaharui untuk kegunaan komuniti sekolah
Penyelidik UTeM sumbang kepakaran cipta inovasi tenaga boleh diperbaharui untuk kegunaan komuniti sekolah

BERTERASKAN perkongsian kepakaran kejuruteraan antara penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah (SMKIS) Jasin di bawah program jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan Universiti Awam (SKK-UA) telah berjaya menghasilkan set produk inovasi yang bermanfaat besar.

Menurut Penyelaras Program Jalinan SKK-UA dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) UTeM, Dr. Rafidah Hasan, projek reka cipta inovasi ini adalah berkonsepkan pengumpulan air hujan dan pendidikan alam sekitar, lalu terhasilnya landskap hijau berkelengkapan set yang boleh menjana tenaga boleh diperbaharui.

Penyelidik UTeM bersama pihak SMKIS Jasin berjaya menghasilkan set produk inovasi yang bermanfaat besar kepada komuniti sekolah.

Katanya, idea asal adalah cetusan idea Ketua Projek peringkat FKM UTeM, Profesor Madya Ir. Dr. Abdul Talib Din bersama dengan Penyelaras Projek Peringkat Sekolah, Nazlin Ruziah Md Said.

“Bermula dengan idea tersebut, maka langkah seterusnya adalah mengintegrasikan aplikasi-aplikasi kejuruteraan sewajarnya untuk dijadikan hasil projek yang bermanfaat kepada komuniti sekolah ini,” katanya.

Antara aplikasi kejuruteraan yang dihasilkan dengan kerjasama ATD Innogreen Technology Sdn. Bhd. ialah kolam takungan kelembapan, kincir air, tangki simpanan air, serta panel solar.

Dr. Abdul Talib turut mengulas, secara praktikalnya apabila hujan lebat dan kolam takungan kelembapan tersebut penuh, sumber air dari ketinggian 5.6 meter di atas bukit yang turun dengan laju, boleh menggerakkan kincir air tersebut.

"Apabila hujan turun dan sesudah 1 jam kemudiannya, maka terhasillah penjanaan tenaga sebanyak 50 Watt untuk kegunaan paparan LED yang berhampiran," jelasnya.

Apabila hujan lebat dan kolam takungan tersebut penuh, sumber air dari ketinggian 5.6 meter di atas bukit yang turun laju akan menggerakkan kincir air di bawah (gambar kanan).

Kumpulan mereka katanya lagi, turut mengambil inisiatif membuat pemasangan panel solar untuk tujuan menjana tenaga suria sebanyak mungkin bagi menghasilkan 10 watt bagi kegunaan jam digital yang terletak di dataran sekolah.

Sementara itu, Pengetua Cemerlang Zolkaply Yunus berpandangan, jalinan SMKIS-UTeM yang melibatkan tenaga akademik profesional ini adalah sangat berimpak positif.

"Kerjasama ini merupakan titik tolak ke arah hubungan jangka masa panjang yang boleh membawa banyak manfaat kepada banyak pihak khasnya warga SMKIS dan FKM, serta komuniti setempat amnya," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...