> SEL KL > Menurut penarafan QS Graduate Employability 2019, graduan UiTM popular dalam kalangan majikan. Tahniah UiTM!
Menurut penarafan QS Graduate Employability 2019, graduan UiTM popular dalam kalangan majikan. Tahniah UiTM!
FIRDAUS ABD HANAN, UITM Rabu | 12 September 2018

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) terbukti masih mendapat keyakinan daripada pihak majikan apabila telah disenaraikan antara 500 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terbaik di dunia dalam edisi ketiga menerusi QS Graduate Employability Rankings 2019, yang dikeluarkan pada 11 September 2018.

UiTM telah mengekalkan pada kedudukan antara 301-500 institusi terbaik dunia. Pada masa yang sama, UiTM turut berjaya berada pada kedudukan ke-4 terbaik di Malaysia bagi kategori kadar kebolehpasaran graduan. Petunjuk kerjasama antara pelajar dan majikan menunjukkan UiTM memperoleh skor tertinggi dan telah meletakkan UiTM pada kedudukan 200 terbaik dunia.

Antara universiti lain di Malaysia yang tersenarai termasuklah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan UCSI di kedudukan sama dengan UiTM iaitu antara 301-500 institusi terbaik dunia. Manakala, UM dan Taylor’s Universiti pula telah berjaya mendahului dengan masing-masing tersenarai pada kedudukan antara 161-170 dan 201-250.

Naib Canselor UiTM (gambar bawah, 5, kiri) bersama pemain industri dalam salah satu program penglibatan industri di UiTM.
Naib Canselor UiTM (gambar bawah, 5, kiri) bersama pemain industri dalam salah satu program penglibatan industri di UiTM.

Keputusan ini memperlihatkan komitmen UiTM yang mengutamakan pandangan majikan terhadap kualiti graduan yang dikeluarkan. Ini ditambah pula dengan keyakinan majikan terhadap pelajar-pelajar UiTM yang hadir pada sesi temu duga kerja dan dalam usaha majikan memperkenalkan syarikat masing-masing yang telah dijalankan di UiTM.

Dari aspek penglibatan latihan industri bagi pelajar dan penempatan pekerjaan untuk graduan di syarikat-syarikat di Malaysia, UiTM telah memperoleh skor nisbah 61.9 berbanding purata nisbah nasional iaitu sebanyak 43.3. Ini jelas menunjukkan bahawa UiTM mempunyai hubungan serta kerjasama erat dan berterusan dengan pihak syarikat.

Buat pertama kalinya, pihak QS telah mengeluarkan fail fakta bagi setiap universiti yang mendapat penarafan, yang membolehkan analisa secara menyeluruh dijalankan. Pemarkahan yang diberikan kepada setiap universiti adalah berdasarkan bilangan pensyarah dan pelajar di sesebuah institusi berkenaan, iaitu petunjuk hubungan antara universiti dan majikan yang diukur bagi setiap 1000 orang pelajar, manakala petunjuk penglibatan latihan industri dan penempatan pekerjaan diukur untuk setiap 100 orang staf akademik. Bagi tahun 2018, UiTM Selangor telah merekodkan bilangan pensyarah seramai 3,313 orang serta pelajar seramai 47,801 orang.

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Dato Dr Hassan Said berkata, pencapaian ini amatlah membanggakan kerana UiTM sentiasa komited untuk menjadi sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika. Berdasarkan kedudukan yang diperoleh pada tahun 2019, UiTM berbangga dengan pencapaian ini.

Antara graduan UiTM semasa Istiadat Konvokesyen UiTM ke-88 yang menyaksikan seramai 25,886 orang graduan telah menerima anugerah masing-masing.
Antara graduan UiTM semasa Istiadat Konvokesyen UiTM ke-88 yang menyaksikan seramai 25,886 orang graduan telah menerima anugerah masing-masing.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...