U-Inovasi > Rupa-rupanya ini rahsia di sebalik tarbus merah yang mahasiswa kejuruteraan UMP pakai ketika pembelajaran bahasa Arab...
Rupa-rupanya ini rahsia di sebalik tarbus merah yang mahasiswa kejuruteraan UMP pakai ketika pembelajaran bahasa Arab...
ROSJULIANA HIDAYU ROSLI, UMP 12 September 2018

KEMAJUAN teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membawa banyak perubahan dalam bidang pendidikan. Perubahan paling ketara adalah peningkatan dalam aspek sumber ilmu pengetahuan yang boleh dikongsi bersama di alam maya iaitu perkongsian ilmu secara global yang kemudian boleh diakses secara percuma oleh komuniti seluruh dunia.

Berikutan perubahan tersebut terutama dalam aspek pendidikan bahasa Arab khususnya di peringkat universiti, perlu mengambil inisiatif perubahan yang berbentuk ‘tekno kreatif’.

Rentetan daripada perubahan itu juga penulis sendiri telah membangunkan satu laman web bernama EL RESALA.ARABIC bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di kalangan mahasiswa kejuruteraan.

Di Universiti Malaysia Pahang (UMP), satu teknik pantas dan interaktif diperkenalkan. Teknik ini merupakan cetusan idea penulis sebagai seorang pencinta bahasa Arab dengan mengajar bahasa Arab tahap permulaan (Arabic For Beginners) di UMP. Kecintaan terhadap bahasa Arab menyuntik semangat untuk menerbitkan teknik belajar bahasa Arab dengan mudah dan pantas melalui transformasi kebudayaan Arab ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Penulis menjadikan mahasiswa UMP sebagai bahan kajian, memberi peluang mudah kepada mahasiswa kejuruteraan untuk mahir berbahasa Arab melalui kaedah ini.

Sebahagian pelajar kejuruteraan UMP.

Di antara strategi diperkenalkan ialah:

1. Tapak Web EL RESALA (Learn Arabic With Muallima Rosejuliana)

Di dalam kelas bahasa Arab, pelajar perlu melayari tapak web ini bagi mendapatkan nota interaktif dan juga kosa kata Arab yang telah disediakan di tapak web tersebut. Tapak web yang kreatif dan mesra pengguna mampu menarik minat pelajar ketika belajar bahasa Arab. Segala perancangan akademik berkaitan pembelajaran bahasa Arab (Arabic For Beginners) boleh didapati di EL RESALA. Maklumat berkaitan kaedah pembelajaran dan juga langkah yang perlu dilaksanakan ketika sesi belajar bahasa Arab diterangkan di dalam web tersebut menggunakan aplikasi suara secara audio. Latihan bagi pelajar juga boleh didapati dari web. Segala perincian berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab tahap permulaan (Arabic For Beginners) boleh diperoleh dari web tersebut. Hasil pembelajaran juga boleh dinilai. Web EL RESALA ini boleh di akses secara global.

2. Kenal budaya Arab

Konsep ini diperkenalkan ketika belajar. Pelajar digalakkan untuk memakai tarbus berwarna merah di atas kepala bagi mewujudkan persekitaran Arab. Tarbus ini disediakan sebagai alat bantu mengajar. Di bahagian tepi tarbus tersebut terdapat kod tindak balas cepat atau disebut 'QR CODE'. Pelajar boleh menggunakan telefon pintar dan imbas kod berkenaan.

Dari imbasan tersebut pelajar dapat menonton video cara pembuatan tarbus, secara tidak langsung pelajar dapat memperoleh kosa kata dan dapat melihat sendiri cara tarbus itu dibuat memandangkan pelajar UMP kecenderungan mereka adalah lebih kepada teknikal. Tarbus merah ini merupakan salah satu khazanah budaya Arab. Dalam erti kata lain tarbus ini juga dianggap sebagai satu signifikan unik ketika sesi belajar bahasa Arab di UMP terutama bagi pelajar yang mengikuti subjek bahasa Arab (Arabic For Beginners).

Pelajar juga diwajibkan untuk cuba bertutur di dalam bahasa Arab ketika di dalam kelas. Mempelajari sesuatu bahasa pastinya tidak dapat lari dari budaya, umpama pepatah Arab 'jasad tanpa ruh' .Bahasa dan budaya, umpama sungai dan tebing, tidak dapat dipisahkan. Selain itu elemen video muzik dan lagu-lagu Arab juga dimainkan ketika menyiapkan latihan di dalam kelas untuk menimbulkan keseronokan agar pelajar tidak bosan.

Tarbus merah yang menjadi fenomena di UMP.

Bagi pelajar jurusan kejuruteraan yang berkonsepkan hands-on menepati kehendak dan tahap pelaksanaan pengajaran perlu berbeza dari pengajaran dan pembelajaran secara tradisional iaitu secara teori. Teknik pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab perlu mengikut rentak dan arus zaman. Dengan mempelbagaikan teknik dan kaedah terkini iaitu dengan mengaplikasikan elemen teknologi pasti dapat menimbulkan energi positif di kalangan pelajar.

3. Nota interaktif kreatif dan pantas

Memperkenalkan teknik pantas di dalam memperoleh kalimah atau kosa kata bahasa Arab dapat diperoleh melalui web EL RESALA.ARABIC. Terdapat kod tertentu yang telah dicipta khas bagi pelajar-pelajar mengikut bab yang dipelajari mengikut minggu pengajian.

Perencanaan pembelajaran bahasa Arab ini konsisten dan pelajar mendapat informasi yang lebih tepat dan mudah. Pelajar juga digalakkan untuk mengikut sebutan suara yang diperdengarkan melalui audio di dalam web tersebut secara tidak langsung dapat memupuk kemahiran bertutur di kalangan pelajar.

Kemahiran berbahasa Arab boleh didapati dengan beberapa strategi bagi meningkatkan kebolehan pelajar iaitu keyakinan diri, minat dan sikap yang positif terhadap pembelajaran bahasa Arab. Pelajar-pelajar yang berjaya ialah mereka yang bijak menggunakan pelbagai strategi bagi meningkatkan kemahiran bertutur bahasa Arab. Tanpa ada strategi tertentu, objektif penguasaan terhadap bahasa ini tidak akan tercapai.

Pembelajaran di Malaysia lebih menekankan kepada penguasaan empat kemahiran berbahasa. Antaranya ialah kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan juga kemahiran menulis.

Dengan pelaksanaan tiga strategi yang diperkenalkan di dalam EL RESALA.ARABIC ini secara tidak langsung memudahkan pelajar mempelajari bahasa Arab. Suasana bosan tidak akan wujud dengan pelaksanaan komunikasi dua hala dan penggunaan web yang terkini dan mesra pengguna. Pelajar-pelajar dapat mengakses web ini di mana-mana sahaja dan secara langsung dapat meningkatkan minat mereka di dalam pembelajaran bahasa Arab.

Kalangan pelajar siswa bahasa Arab tidak melepaskan peluang menggunakan teknik ini.

Teknik ini mampu memperkasakan bahasa Arab di kalangan kelompok pelajar yang mengambil jurusan teknikal dan kejuruteraan kerana elemen teknologi dan segala maklumat dapat diperoleh secara pantas dan mudah diingati.

Selain itu tiga strategi yang diketengahkan ini, mampu mewujudkan energi positif di kalangan pelajar. Pelajar dapat lebih fokus ketika sesi pembelajaran bahasa Arab, sekali gus dengan penggunaan telefon pintar, pelajar-pelajar akan menggunakannya sebaik mungkin ketika sesi pembelajaran bahasa Arab di UMP.

Pelajar bahasa Arab yang hadir di makmal bahasa tidak dapat membuka aplikasi lain selain dari aplikasi imbasan kod tindak balas cepat 'QR CODE' kerana segala informasi berkaitan tajuk bahasa Arab diperoleh melalui imbasan kod dan perlu dimuat turun di dalam telefon pintar. Teknik ini merupakan satu transformasi di dalam pendidikan bahasa Arab menerusi teknologi yang terkini.

Sewajarnya kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab perlu senada mengikut rentak dan arus peredaran masa agar bahasa anbiya’ ini akan terus berkembang dan dapat dipelajari dengan mudah dan juga berkesan kepada semua lapisan umur.

Cetusan idea Rosejuliana yang turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

INFO

Inovasi penciptaan laman web EL RESALA.ARABIC ini telah menerima tiga anugerah pingat emas di pertandingan inovasi peringkat antarabangsa dan juga nasional.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...