> > A Day with Special Ones: Pelajar Unisel ceriakan anak-anak austistik
A Day with Special Ones: Pelajar Unisel ceriakan anak-anak austistik
NURHAYATI SHIMA, UNISEL 12 September 2018

KUALA LUMPUR – Seramai 15 pelajar dari Universiti Selangor (Unisel) Kampus Shah Alam telah menjayakan program khidmat masyarakat bersama anak-anak autistik dari Pusat Jagaan Sayang, Shah Alam ke Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur sempena cuti umum Isnin lalu.

Program bertemakan A Day with Special Ones anjuran Pusat Pengajian Asasi dan Umum Unisel dan mendapat sokongan Dekannya, Prof. Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai autistik khususnya dalam kalangan pelajar Unisel serta kepada orang ramai amnya. Para pelajar dapat memahami dan mempelajari sifat-sifat istimewa anak autistik dan cara menjaga mereka dengan betul.

Syafiq (kiri) bersama pengiring meneroka tarikan yang terdapat di Pusat Sains Negara.

Selain itu juga, program ini dapat membantu pihak Pusat Jagaan Sayang untuk membawa anak-anak autistik bawah jagaan mereka mengunjungi tempat-tempat yang menarik dalam masa yang sama memberi terapi kepada mereka.

Pengasas Pusat Jagaan Sayang, Faridah Zainuddin berkata, program seperti ini sangat bagus untuk anak-anak istimewa ini.

Salah seorang pelajar Unisel, Kamarul (kiri) bersama anak autistik jagaannya meneroka info yang terdapat di Pusat Sains Negara.

"Ini kerana, terdapat segelintir ibu bapa yang masih mempunyai perasaan malu untuk membawa anak-anak istimewa ini keluar berdepan orang awam. Dengan adanya program sebegini, anak-anak istimewa ini dapat melihat suasana dunia luar.

“Diharapkan juga agar program seperti ini dapat diteruskan lagi bagi membuka mata dan minda orang awam mengenai anak-anak istimewa ini kerana mereka bukanlah orang asing malah mereka adalah anak-anak yang mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Mereka juga layak dilayan sama seperti anak-anak normal yang lain,” katanya.
Pelajar Unisel membantu Zameer dalam menyusun bongkah puzzle yang disediakan pihak Pusat Sains Negara.

Di samping itu, pihak Pusat Jagaan Sayang juga sangat berpuas hati dengan layanan mesra yang diberikan pelajar Unisel kepada anak-anak autistik tersebut. Ternyata, semua anak autistik yang terlibat dalam program ini sangat seronok bermain dan berpeluang berjalan ke Pusat Sains Negara.

“Saya sangat berbangga dan agak terkejut apabila penerimaan anak-anak autistik untuk bersama dengan pelajar-pelajar Unisel sangat cepat tanpa mereka berasa takut dengan pelajar-pelajar tersebut,” kata Faridah lagi.

Pengarah Program, Risnawati (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Pengasas Pusat Jagaan Sayang, Faridah (kiri)

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...