U-In-News > ISU > Malaysia tempat kedua Kejohanan Skuasy Universiti Dunia
Malaysia tempat kedua Kejohanan Skuasy Universiti Dunia
BERNAMA 13 September 2018

KUALA LUMPUR, 13 Sept : Malaysia memperoleh pingat perak selepas tewas 0-2 kepada Great Britain pada perlawanan akhir acara berpasukan Kejohanan Skuasy Universiti Dunia 2018 di Birmingham, England pada Rabu (awal Khamis di Malaysia).

Pada perlawanan itu yang diadakan di University of Birmingham, pemegang pingat emas lelaki individu, Josh Masters memperoleh mata pertama buat Great Britain dengan menewaskan Mohammad Syafiq Mohd Kamal, 11-5, 11-8 dan 11-6 pada perlawanan pertama, demikian menurut laman web kejohanan itu, www.wucsquash2018.com.

Pemenang acara individu wanita, Lily Rhian Taylor melengkapkan gelaran itu bagi Great Britain selepas menewaskan Aika Azman 11-6, 11-8, 9-11 dan 11-8 pada perlawanan kedua.

Untuk rekod, empat pemain Malaysia — Mohammad Syafiq, Mohd Addeen Idrakie Mohd Bahtiar, Aika Azman dan Zoe Foo Yuk Han memperoleh pingat gangsa selepas tewas pada perlawanan separuh akhir bagi acara lelaki dan wanita yang diadakan terdahulu itu.- Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...