> AKTIVITI KAMPUS > Kolaborasi Strategik Kolej Komuniti Jasin dengan Rich Moment Photo Sdn Bhd
Kolaborasi Strategik Kolej Komuniti Jasin dengan Rich Moment Photo Sdn Bhd
MUHAMAD FAIZ YAHYA 13 September 2018

Jasin – Kolej Komuniti Jasin menandatangani Kolaborasi Strategik dengan Rich Moment Photo (RMP) sempena Dialog Industri bertemakan Áspirasi dan Hala Tuju Pelajar Kolej Komuniti’ Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan di Kolej Komuniti Masjid Tanah, Jasin Melaka pagi tadi.

Dalam kolaborasi itu Kolej Komuniti Jasin akan menyediakan pelajar untuk menjalani latihan industri, penempatan pekerjaan dan juga mengadakan perkongsian kepakaran serta perundingan latihan.

Manakala RMP akan berkongsi ilmu, peralatan, kemudahan, menawarkan pekerjaan dan perundingan latihan kepada graduannya.

Pada majlis itu pihak Kolej Komuniti Jasin yang diwakili oleh Pengarahnya Syed Abd Halim Syed Yusof dan RMP Pengarahnya Nurul Ain Ghazali menandatangi kolaborasi dan bertukar dokumen.

Terdahulu dalam ucapannya Syed Abd Halim berkata, objektif program yang dijalankan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan kakitangan berkaitan Industri 4.0.

Katanya, penyampaian sijil kolaborasi industri ini juga diharap dapat membantu dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan kolej komuniti wilayah Negeri Sembilan dan Melaka yang mencakupi bidang kurikulum, latihan, pengajaran dan pembelajaran.

"Program yang dibuat hari ini juga memberi gambaran jalinan hubungan industri tempatan bagi meningkatkan mutu lulusan graduan Sijil Kolej Komuniti yang dihasilkan oleh Kolej Komuniti Wilayah Negeri Sembilan dan Melaka,’’ ujarnya lagi.

Melalui program ini diharap mendapat maklumbalas serta cadangan daripada pihak industri untuk menambahbaik kualiti graduan kolej ini sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk mendengar dan melihat sendiri matlamat dan kehendak industri.

Dalam pada itu Nurul Ain yang juga graduan daripada Universiti Pengurusan iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM) berterima kasih kepada Kolej Komuniti kerana menjadikan RMP Rakan Strategik mereka.

“Kami juga menghargai sokongan dan kepercayaan Kolej Komuniti untuk kami membantu pelajar dalam bidang keusahawanan, latihan, pengajaran dan pembelajaran sekaligus membimbing mereka dalam kerjaya,’’kata Nurul Ain.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...