> > UTM sasar 100 universiti terbaik dunia menjelang 2025
UTM sasar 100 universiti terbaik dunia menjelang 2025
BERNAMA 13 September 2018

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyasarkan berada dalam lingkungan 100 universiti terbaik dunia (melalui QS World University Ranking) menjelang tahun 2025 hasil transformasi akademik universiti itu menerusi UTM Sinergi 4.0.

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTM Prof Ir Dr Zainuddin Abd Manan berkata usaha transformasi itu dilihat boleh melonjakkan status serta kedudukan universiti itu ke tahap lebih tinggi.

“Kita mengharapkan akan ada lebih banyak lagi pencapaian baru dengan adanya sinergi yang lebih berkesan dalam kalangan kakitangan yang meningkatkan lagi kecekapan dan keupayaan mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zainuddin juga berkata UTM menyasarkan berada di lingkungan 20 dalam bidang kejuruteraan dan teknologi, juga menjelang tahun 2025, dari tangga ke-53 kini. UTM kini berada di tangga ke 228 QS World University Ranking.

Menurut beliau, sebelum program sinergi ini, meskipun saiz sumber manusia UTM setanding dengan 10 universiti teratas dunia, UTM masih belum setara dari segi pencapaian reputasi akademik dan penyelidikan.

“Kita yakin UTM Sinergi 4.0 adalah pemangkin untuk melonjakkan UTM ke arah kecemerlangan global dan kelestarian institusi. Program transformasi itu melibatkan penyusunan semula 18 fakulti sub-disiplin kepada tujuh fakulti berasaskan disiplin luas,” katanya. - Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...