> ISU > Peranan dan tanggungjawab senior kepada junior
Peranan dan tanggungjawab senior kepada junior
WARTAWAN KAMPUS UOLS Rabu | 12 September 2018

Apabila melangkah memasuki alam universiti, perkara pertama yang harus disedari ialah ia mempunyai budaya, cara hidup dan pengisian yang jauh berbeza dari alam persekolahan. Sudah tentu, untuk menjadi ‘guru’ kepada pelajar junior ni perlukan orang berpengalaman seperti pelajar senior. Namun apakah peranan yang boleh dimainkan oleh senior dalam membantu pelajar junior ini?

“Tanggungjawab senior semestinya selaku pemudahcara bagi junior. Senior semestinya lebih berpengalaman mengenai hal-hal di universiti sama ada hal formal mahupun tidak, justeru usah segan mendapatkan nasihat dan pandangan mereka kerana malu bertanya sesat jalan”. Nurul Shuhadah Razali, Sarjana Muda Teknologi Kimia Industri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
shuhadah
“Saya akan menasihati mereka agar janganlah hidup seperti katak di bawah tempurung dan mengamalkan konsep 3K (Kuliah, Kafe, Katil) sepanjang menuntut di universiti, berusahalah untuk mencari dan meningkatkan kemahiran nilai tambah (soft skills) dalam diri mereka di dalam mahupun di luar universiti”. Muhammad Radhi Mohd Dahlan, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM)
radhi rekasi
“Salah satu caranya adalah dengan memberi info berguna kepada mereka yang kurang berkemampuan dari segi bantuan kebajikan pelajar, wang segera dan bantuan zakat. Hal ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan sedikit bebanan mereka”. Mohd Zulkamal Mohd Said, ISMP Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
zulkamal
“Senior dapat memberi tunjuk ajar dan panduan sebaiknya dalam menghadapi kehidupan di alam kampus terutama dari sudut pembelajaran dan aktiviti berpersatuan. Ini penting untuk mereka dapat memilih langkah-langkah yang terbaik untuk menempuhi hari yang akan mendatang”. Wan Najwa Wan Rosli, Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
najwa
“Pada pendapat saya, peranan senior adalah untuk memberi bimbingan dan juga panduan awal kepada pelajar baharu baik dari segi akademik atau sosial”. Mohammad Hafizul Yusran, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM)
hafizul reaksi
“Minggu tambah dan gugur subjek atau kursus secara atas talian merupakan aspek penting yang perlu diketahui seseorang junior supaya dapat memenuhi keperluan kursus bagi sesuatu kos dari aspek pengurusan akademik yang perlukan bimbingan dan nasihat daripada seseorang senior selain daripada bimbingan penasihat akademik masing-masing nanti”. Muhamad Azam Supian ISMP Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
azam reaksi
“Senior di kampus boleh membantu junior memberi kefahaman dan bimbingan yang jelas mengenai peraturan semasa di kampus. Ia selari dengan konsep “ta'awun” di dalam Islam iaitu bekerjasama dalam perkara kebaikan kerana niat baiknya untuk melahirkan pelapis mahasiswa yang berkebajikan, matang dan sejahtera”. Muhammad Danial Akmal Hamdan, Ijazah Sarjana Muda Dakwah & Pengurusan Islam USIM
akmal
“Seorang senior boleh memberi bantuan dan pendedahan tentang bagaimana untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti sebagai langkah awal untuk mereka mendapat pencerahan tentang prosedur dan proses bergaul dengan masyarakat serta orang sekeliling tanpa rasa janggal”. Fakharuddin Aiman Jamal, Ijazah Sarjana Muda Psikologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

media[44384]**

“Sudah tentu peranan senior adalah untuk membantu junior dalam mengenal dunia kehidupan yang lebih mencabar di universiti serta mendewasakan pemikiran mereka”. Muhamad Syafiq Abdul Kahar, Ijazah Sarjana Muda Sastera, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM)
syafiq reaksi
“Pada pendapat saya, sebagai seorang senior yang bertanggungjawab kita perlulah menanamkan sifat sentiasa berkhidmat kepada pelajar supaya mereka dapat mengadaptasikan diri dengan suasana yang baru”. Shazwana Azmi, ISMP Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
syazwana reaksi


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...