> ISU > Kerana tak cukup duit, 4 biji telur dikongsi 10 orang!
Kerana tak cukup duit, 4 biji telur dikongsi 10 orang!
WARTAWAN KAMPUS UOLS 14 September 2018

Sisi personaliti Najwa Mawardah Azhar, gadis berusia 22 tahun ini seorang yang suka mencabar diri dan tidak mudah mengalah serta tegas dalam mengeluarkan pendapat selain kini bergiat aktif di dalam bidang kesukarelawan di bawah Yayasan Sukarelawan Pelajar.

“Saya suka mencabar diri untuk keluar dari kotak selesa di mana saya dahulu sangat pendiam dan banyak memerhati daripada melakukan sesuatu. Disebabkan sikap introvet saya itu juga, saya lebih cenderung menjadi ulat buku untuk mendapat markah tinggi tanpa menyertai apa-apa program. Namun, saya sedar ‘cara’ itu salah dan merugikan kehidupan sebagai seorang pelajar.

“Selepas menyertai program sukarelawan di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), banyak yang saya belajar. Jujur saya katakan, bidang kesukarelawan memerlukan fizikal dan mental yang tinggi serta tidak boleh ‘jatuh’ setelah mendapat ujian besar seperti berhadapan dengan masalah. Dari situ saya belajar cara mengawal perasaan, walau seteruk mana masalah timbul pasti ada jalan penyelesaiannya, kata anak ke empat dari lima adik beradik ini.

Najwa Mawardah (berdiri) juga petah menyampaikan pendapat.

Ternyata sepanjang melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan ini, Najwa banyak memperoleh pengalaman berharga. “Pengalaman pertama saya adalah ketika tinggal selama sebulan di Vietnam. Di sana saya menjadi guru bahasa Inggeris untuk membantu para pelajar dalam menguasai bahasa tersebut. Walaupun menghadapi kesukaran namun alhamdulillah saya dan kawan-kawan dapat hadapinya dan berjaya menyiapkan projek tersebut.

Najwa Mawardah bersama sukarelawan Vietnam.

“Selain itu saya juga pernah menyertai kesukarelawan sebagai delegasi Malaysia untuk acara International Association Volunteer for Effort (IAVE17). Ia bukanlah tugas mudah kerana perlu turut sama dengan delegasi-delegasi dari negara luar bagi mengeluarkan pendapat.

“Tipulah kalau sepanjang penglibatan tu tak rasa pahit manisnya kan!. Antara kenagan manis saya ialah apabila saya dapat bergaul dengan masyarakat di Vietnam sewaktu melakukan projek di sana. Sepanjang di sana, saya dan kawan-kawan bersama-sama membuat jalan kampung, merasa angkat simen sebanyak 30 paket dan membuat simen sendiri, angkat batu-bata, guna kudrat untuk menolak kereta sorong yang penuh dengan isian simen yang dibancuh.

“Di sebalik kemanisannya pasti ada pahitnya. Disebabkan duit tak cukup saya dan kawan-kawan terpaksa berkongsi makan. Bayangkan telur goreng 4 biji terpaksa dikongsi makan bersama 10 orang berserta satu mangkuk sup sayur!

“Walaupun kami berhadapan dengan kesukaran, namun itu bukan penghalang untuk saya menamatkan minat saya terhadap kesukarelawan ini. Saya tidak akan pernah berhenti untuk menceburkan diri dalam bidang sukarelawan dan kepimpinan kerana inilah kehidupan saya di dalam mahupun di luar universiti untuk menjadikan saya pemimpin berfikiran global,” kata pelajar jurusan Kejuruteraan Elektronik dari UNIMAP ini.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...