> SEL KL > Warga UIAM jayakan World Cleanup Day 2018
Warga UIAM jayakan World Cleanup Day 2018
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA 14 September 2018

GOMBAK - Bagi menyokong program World Cleanup Day 2018, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil inisiatif bersama-sama warga universiti itu dengan mengadakan aktiviti gotong royong, hari ini.

Presiden Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu UIAM (Kesatu), Yazid Ahmad berkata, aktiviti yang dianjurkan Pejabat Rektor dan mendapat sokongan warga UIAM itu merupakan aktiviti yang memupuk rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar sejajar dengan visi World Cleanup Day yang dianjurkan secara global pada 15 September setiap tahun.

“Kebersihan bukan sahaja boleh memelihara kesihatan seseorang malah dapat mencegah daripada penyakit. Ia juga merupakan lambang keperibadian seseorang dan simbol kepada kemajuan sesuatu bangsa dan sesebuah organisasi serta negara.

“Kemajuan dan pembangunan sebuah negara serta masyarakat bergantung kepada sejauh mana prihatinnya masyarakat dan negara tersebut kepada aspek kebersihan,” katanya.

Yazid berkata, program itu melibatkan lebih daripada 20 ahli Kesatu, 13 ahli Jawatan Majlis Jawatan Kuasa dan lebih daripada 200 warga UIAM termasuk pelajar.

Dalam program itu katanya, sebanyak 37 kilogram sampah termasuk yang boleh dikitar semula berjaya dikumpulkan oleh pihak Kesatu, pagi tadi.

“Itu tidak termasuk dengan jumlah keseluruhan yang berjaya dilaksanakan oleh semua pihak,” katanya.

Yazid berkata, beliau berharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang kerana program seperti ini dapat menyatupadukan seluruh warga UIAM.

“Warga UIAM dapat melupakan seketika pelbagai isu kontroversi kini dengan bersama-sama bersatu padu bersama-sama membersihkan kawasan kampus yang dicintai,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...