> > Penyelidik UTeM cemerlang menerusi Anugerah Harta Intelek Negara 2018
Penyelidik UTeM cemerlang menerusi Anugerah Harta Intelek Negara 2018

PASUKAN penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengukir kecemerlangan apabila telah berjaya merangkul Anugerah Perak menerusi kategori Reka Bentuk Perindustrian, Paten Cap Dagangan dan Hak Cipta dalam Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2018 Peringkat Nasional yang berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada Khamis.

Anugerah Harta Intelek Negara 2018 Peringkat Nasional tersebut telah mempertandingkan empat kategori utama iaitu kategori Organisasi (Pengurusan Harta Intelek Terbaik), Kategori Reka Bentuk Perindustrian, Paten Cap Dagangan dan Hak Cipta, Kategori Pereka cipta Harta Intelek (Pelajar Institusi Kemahiran atau Setaraf) dan Pereka cipta Muda Harta Intelek (Pelajar Sekolah Menengah).

Dalam majlis tersebut, pasukan SUCI URiS yang dianggotai oleh lapan orang penyelidik UTeM iaitu Prof Madya Ir. Dr. Hambali [email protected] selaku ketua penyelidik, Prof. Madya Dr. Effendi Mohamad, Dr. Mohd Shukor Salleh, Wahyono Sapto Widod, Dr. Sazelin Arif, Dr. Ab Rahman Ibrahim, AB Rahman Mahmood dan Khairul Fadzli Samat telah menerima hadiah kemenangan berjumlah RM7,000 berserta piala dan sijil kemenangan yang disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Dr. Effendi dan Dr. Hambali bergambar bersama Saifuddin dan produk yang dihasilkan.

Ketua Kumpulan Penyelidik UTeM yang memenangi pingat perak menerusi produk mereka, SUCI UriS, Prof. Madya Ir. Dr. Hambali [email protected] menyatakan bahawa kejayaan yang diperoleh mereka hari ini merupakan usaha berpasukan dengan niat membantu mempermudah urusan hadas kecil dan beristinjak dengan sah dan patuh syariah bagi golongan lelaki terutamanya sewaktu menunaikan haji dan umrah.

Tambahnya lagi, produk yang telah mendapat kelulusan dari Sirim Berhad tersebut mempunyai empat komponen utama iaitu beg simpanan, bekas, beg urin dan pemegang khasyafah merupakan peralatan yang amat relevan dalam pelbagai keadaan kecemasan termasuklah kepada warga tua yang uzur untuk membuang air kecil tanpa perlu berkejar ke tandas, perjalanan yang jauh seperti dalam kenderaan seperti bas dan kereta api, pesakit yang berkerusi roda mahu pun pengembara yang aktif dalam pendakian gunung dan jungle tracking.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr. Shahrin Sahib melahirkan rasa kesyukuran dan gembira dengan pencapaian yang telah berjaya diraih oleh kesemua ahli pasukan penyelidik yang memperoleh kemenangan dalam majlis tersebut.

Katanya, kemenangan di peringkat nasional ini telah melonjakkan nama UTeM di peringkat nasional dan bertaraf dunia menerusi sumbangan penghasilan harta intelek yang telah menzahirkan kepakaran teknologi semasa yang membantu kehidupan masyarakat dan komuniti dunia.

Dr. Effendi Mohamad dan Dr. Hambali bersama anugerah dimenangi.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...