> SEL KL > World Cleanup Day 2018 terap nilai kebersihan persekitaran UIAM
World Cleanup Day 2018 terap nilai kebersihan persekitaran UIAM
ROSLAN ROSLY, UIAM Jumaat | 14 September 2018

GOMBAK - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini bersama-sama menyambut World CleanUp Day 2018. Majlis sambutan ini dirasmikan oleh Rektor UIAM, Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak yang berlangsung di UIAM Kampus Gombak. Hadir sama, Presiden RCOMM-Lestari, Miza Pawan Chik.

World CleanUp Day 2018 disambut 15 September setiap tahun, namun bagi UIAM dengan mengambil keberkatan hari Jumaat, maka sambutan dibuat sehari awal. Dalam masa yang sama, keberkatan bulan Muharram juga adalah pengerak untuk penghijrahan sikap lama ke baharu.

Masyarakat, aktivis, NGO, agensi kerajaan semua akan bergotong-royong melakukannya sama ada dari kawasan bukit, sungai, lembah, lautan dasar dan daratan.

Walaupun di UIAM sambutan diawalkan sehari, matlamat utama program tersebut adalah sama iaitu untuk menerapkan nilai menjaga dan mewujudkan persekitaran yang bersih. Hampir 400 warga UIAM bersama-sama bergotong-royong.

Objektif utama penganjuran sambutan ini ialah memupuk kesedaran dalam kalangan warga UIAM untuk menjaga kebersihan alam sekitar terutama sekitar kampus serta mewujudkan kesedaran kitar semula. Sepertimana kebersihan amat dituntut dalam setiap agama.

Untuk UIAM, pewujudan persekitaran yang bersih akan menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif bagi para pelajar menimba ilmu dan keadaan persekitaran yang bersih di tempat kerja memainkan peranan penting demi menjadikan kualiti kerja lebih baik untuk kakitangan UIAM.

Program ini adalah kerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu dari RCOMM-Lestari. Selain itu beberapa pihak dalaman UIAM seperti IIUM Holdings, Daya Bersih Sdn Bhd, Kesatuan-kesatuan sekerja UIAM, Majlis Perwakilan Pelajar, kakitangan (MPP), pasukan beruniform dan para pelajar sama-sama menggerakkan program ini.

Kakitangan dari bahagian pembangunan sukan mengumpul bahan kitar semula.
Kakitangan dari bahagian pembangunan sukan mengumpul bahan kitar semula.

Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh Rektor Prof. Tan Sri Dzulkifli berkata, kempen atau program ini perlu diteruskan dan dijadikan amalan kerana kebersihan adalah dituntut dalam agama dan ia juga adalah selari dengan motto universiti.

“Apa yang diharapkan program sebegini menjadi permulaan dan harus diamalkan dalam amalan seharian kita baik pelajar atau kakitangan. Selain itu juga, kita perlu mengekalkan kebersihan kampus kita selari dengan motto universiti iaitu “Taman Ilmu dan Budi”. Taman yang bersih dan cantik akan mempengaruhi kehidupan serta seharian kita di dalam kampus ini,” ujarnya.

Warga UIAM bersama-sama jayakan World CleanUp Day 2018.
Warga UIAM bersama-sama jayakan World CleanUp Day 2018.

Bagi sambutan di UIAM, setiap kulliyyah (fakulti) dan jabatan dibahagikan kepada kumpulan dan akan menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan atau premis mereka. Pelajar dan kakitangan pentadbiran dan pensyarah akan turut serta dalam kerja-kerja pembersihan.

Dijangkakan jutaan sukarelawan dari 150 negara di seluruh dunia akan berhenti seketika daripada melakukan aktiviti harian dan membersihkan kawasan masing-masing pada 15 Septembar 2018 bersempena dengan World CleanUp Day 2018.

Unit Keselamatan Polis Bantuan UIAM turut sama memberi sokongan World CleanUp Day 2018.
Unit Keselamatan Polis Bantuan UIAM turut sama memberi sokongan World CleanUp Day 2018.

Aktiviti kesedaran sivik terbesar terlakar dalam sejarah dunia dan UIAM bangga kerana turut menjadi sebahagian daripada warga dunia dalam menyokong World CleanUp Day 2018.

Hasil sampah yang boleh dikitar semula akan ditimbang dan dibawa ke pusat pengumpulan kitar semula.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...