> SEL KL > YB Syed Saddiq bakal berdebat dalam debat bersiri “Re:Action - Youth Engaged” anjuran KBS dan UIAM
YB Syed Saddiq bakal berdebat dalam debat bersiri “Re:Action - Youth Engaged” anjuran KBS dan UIAM
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 14 September 2018

GOMBAK - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan satu siri debat awam yang merupakan sebuah inisiatif bagi menggalakkan penyertaan belia dalam mengarus perdanakan perdebatan isu-isu semasa secara sihat.

“Re:Action - Youth Engaged” adalah tema yang dipilih untuk debat bersiri pada penganjuran kali ini. Pusat Debat dan Oratori Dunia (IWON) UIAM dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda (KBS) di pertanggungjawabkan untuk menganjur debat bersiri ini.

Untuk penganjuran kali pertama ini, majlis akan berlangsung di Pusat Kebudayaan UIAM Kampus Gombak pada 18 September ini bermula jam 8 malam.

Majlis akan dirasmikan oleh Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, Rektor UIAM. Untuk debat sulung program ini, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan, akan berdebat dengan saudara Syarif Fakhri iaitu Pendebat Terbaik dan Juara Debat Asian 2018.

Tajuk yang dipilih untuk debat sulung ini ialah, “Repealing the Anti Fake News Act is a mistake”.

Debat bersiri ini akan berlangsung selama lapan siri untuk tempoh setahun di UIAM. Dua orang pendebat muda dari kalangan belia juga akan dipilih melalui proses pencarian seluruh negara untuk berganding dengan kedua-dua pendebat utama tersebut.

Proses pencarian ini dilakukan secara atas talian yang mana mereka yang berminat menghantar video berdurasi 3 minit berkenaan tajuk debat tersebut.

Objektif penganjuran debat ini ialah untuk menjana dan menggalakkan minat para belia dalam penglibatan perbincangan berkenaan isu-isu polisi awam.

Ia dapat mewujudkan persekitaran yang lebih terbuka dan intelektual di universiti untuk mencapai fungsinya sebagai Institusi Pengajian Tinggi.

Program seumpama ini adalah julung-julung kali diadakan di universiti di Malaysia yang mana figura-figura terkenal dan pakar dalam bidang politik, ekonomi, sosial, cendekiawan dan sebagainya akan memperdebatkan di UIAM isu-isu semasa.

Ianya terbuka kepada awam dan semua kelompok masyarakat terutamanya belia untuk turut serta dalam siri debat ini.

Penganjuran “Re:Action - Youth Engaged" merupakan sebuah siri debat awam yang dimulakan oleh belia dengan harapan untuk menyediakan platform untuk belia berdebat dan berbincang dengan golongan pakar tentang isu-isu yang penting kepada negara.

Ini merupakan platform untuk belia oleh belia. Penganjuran program ini juga dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu semasa yang boleh membawa kepada keputusan dan tindakan dasar mengikut kapasiti individu, kumpulan dan sesebuah institusi.

Kampus Uols bertindak selaku media rasmi untuk program debat ini selain RTM dan Awani yang mana ia akan turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kampus Uols.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...