> JOHOR > Sultan Johor hadiahkan pesawat Lake Renegade LA-270 untuk program aeronautik UTHM
Sultan Johor hadiahkan pesawat Lake Renegade LA-270 untuk program aeronautik UTHM
BERNAMA Jumaat | 21 September 2018

BATU PAHAT - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan menghadiahkan sebuah pesawat Lake Renegade LA-270 kepada Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) sebagai tanda sokongan baginda terhadap pembangunan program aeronautik di universiti itu.

Dalam titah mengumumkan perkara itu, Sultan Ibrahim menasihatkan agar pesawat jenis Amphibious buatan Amerika itu dijaga dengan baik.

“Saya juga amat berbangga kerana UTHM menawarkan program aeronautik yang mempunyai keunikannya tersendiri iaitu dengan menggabungkan aspek teknologi kejuruteraan aeronautik dengan pelesenan penerbangan profesional yang diiktiraf dalam pasaran,” titah baginda yang juga Canselor UTHM.

Baginda bertitah pada Majlis Titah Tuanku Canselor UTHM bersempena ulang tahun ke-25 universiti itu di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM di Parit Raja, di sini, semalam.

Sultan Ibrahim berkenan melihat spesies semut yang diberi nama Echninopla Tunkuabduljalil di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM Batu Pahat, semalam.
Sultan Ibrahim berkenan melihat spesies semut yang diberi nama Echninopla Tunkuabduljalil di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM Batu Pahat, semalam.

Sultan Ibrahim juga berkenan dan bersetuju agar landasan kapal terbang lama di Tanjung Labuh, di sini, dibangunkan semula dan di jadikan sebagai pusat latihan penerbangan untuk pelajar UTHM.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda difahamkan Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik adalah yang pertama di Malaysia dan satu-satunya program yang ditawarkan di Asia Tenggara.

Malah, baginda bertitah, hanya terdapat empat sahaja universiti yang memiliki gabungan program tersebut di seluruh dunia.

“Oleh itu, saya menyeru kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi sokongan dan bantuan bagi menjayakan program ini secepat mungkin. Program aeronautik ini bukan sahaja dapat melonjakkan nama UTHM tetapi juga membuka peluang yang besar dalam pembangunan industri aeronautik di negara ini,” titah baginda.

Sementara itu, Sultan Johor turut menyokong cadangan universiti itu memperkenalkan program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pengangkutan Rel.

Pesawat jenis Amphibious, Lake Renegade LA-270

INFO

LAKE RENEGADE LA-270

*Pesawat amfibia

*Enam tempat duduk

*Buatan Amerika Syarikat

*Dibina pada 1982

*Dikeluarkan syarikat Lake Aircraft

*Cecah kelajuan 258km/j


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...