> SEL KL > Aqil Raja Pecut Sukma 2018, pecah rekod kejohanan 200m
Aqil Raja Pecut Sukma 2018, pecah rekod kejohanan 200m
BERNAMA Jumaat | 21 September 2018

IPOH - Raja pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2018, Muhammad Aqil Yasmin memperbaharui rekod temasya dalam acara 200m lelaki selepas mengungguli acara itu hari ini dengan catatan masa terpantas 21.01 saat sekali gus meraih emas kedua peribadi dalam penampilan Sukma terakhirnya.

Kemaraan Aqil, sukar digugat apabila memecut pantas sebaik tembakan dilepaskan dalam suasana hujan renyai-renyai membasahi trek yang menyaksikan pelari kebangsaan Muhammad Haiqal Hanafi dari Negeri Sembilan hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa 21.26s untuk pingat perak.

Pingat gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Russel Alex Nasir Taib (21.30s) yang mengejutkan seorang lagi pelari kebangsaan, Muhammad Zulfiqar Ismail dari Terengganu yang sekadar menduduki tempat keempat dengan catatan masa 21.44s.

Aqil (tengah) meraih pingat emas dan turut memperbaharui rekod Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 bagi acara 200 meter pada Sukan Malaysia (Sukma) Perak ke-19 di Stadium Perak, diapit pemenang pingat perak Muhammad Haiqal (kiri) dan pemenang pingat gangsa Russel Alex (kanan) dari Perak. FOTO: BERNAMA
Aqil (tengah) meraih pingat emas dan turut memperbaharui rekod Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 bagi acara 200 meter pada Sukan Malaysia (Sukma) Perak ke-19 di Stadium Perak, diapit pemenang pingat perak Muhammad Haiqal (kiri) dan pemenang pingat gangsa Russel Alex (kanan) dari Perak. FOTO: BERNAMA

“Jurulatih saya memang harapkan saya untuk memperbaharui catatan masa peribadi terbaik dan hari ini saya memperoleh kejayaan berganda selepas turut berjaya memperbaharui rekod Sukma.

“Acara 200m ini merupakan acara kegemaran saya. Saya memberikan tumpuan sepenuhnya semasa memulakan larian hingga berjaya mencecah garisan penamat dengan masa terpantas,” katanya kepada pemberita selepas meraikan kejayaan melakar rekod baharu tersebut.

Aqil, 21, yang juga merupakan pelajar Diploma Pengajian Sukan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi ini mengakui berasa lega selepas menanti lebih dua tahun untuk menggenggam pingat emas akhirnya menjadi nyata.

Pada penampilan di Sukma Sarawak 2016, pemuda yang berasal dari Klang, Selangor, itu sekadar meraih pingat perak dalam acara 200m dan menduduki tempat keempat dalam acara 100m.

Selasa lepas, Aqil meraih gelaran raja pecut Sukma 2018 selepas mengungguli acara 100m lelaki sekali gus menyambar pingat emas dengan catatan masa 10.39s.

Aqil catat masa 10.39 saat dalam acara 100m dan 21.01 saat dalam 200m.
Aqil catat masa 10.39 saat dalam acara 100m dan 21.01 saat dalam 200m.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...