> SEL KL > Mohamad Sabu puji sumbangan UiTM dalam melahirkan alumni berjaya
Mohamad Sabu puji sumbangan UiTM dalam melahirkan alumni berjaya
BERNAMA Jumaat | 21 September 2018

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Mohamad Sabu memuji sumbangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sehingga berjaya melahirkan alumni yang berketerampilan dan berjaya.

Bekas pelajar Institut Teknologi MARA (ITM) 1974 itu berkata malah pada masa itu walaupun ada antara pelajarnya tidak tamat belajar, mereka akhirnya berjaya dalam kerjaya masing-masing.

“Saya amat kagum dengan para pemimpin terdahulu mewujudkan ITM dan UiTM sehingga melahirkan begitu banyak alumni yang berjaya di negara ini,” kata beliau semasa menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) di kementeriannya.

Kunjungan yang disertai 15 anggota persatuan itu diketuai Presiden PAUiTM Datuk Zaini Hassan.

Menurut Mohamad, beliau juga memuji Pengetua ITM pada masa itu, Tan Sri Arshad Ayub yang bertindak sebagai seorang ‘ayah’ terhadap para pelajarnya.

“Saya sendiri pernah ditahan dalam lokap di Klang semasa demonstrasi pelajar pada tahun 1974, tetapi saya dijamin keluar oleh ITM.

“Selepas dibebaskan, Pak Arshad Ayub memanggil saya ke pejabatnya, saya menggigil kerana ingat akan dimarahi, tetapi sebaliknya saya dinasihati bagaikan seorang anak,” katanya yang pada masa itu mengikuti pengajian dalam bidang teknologi makanan.

Dalam twitter Mohamad Sabu, beliau menulis “Bertemu dengan Dato’ Mohd Zaini Hassan, Presiden Persatuan Alumni UiTM dan rakan-rakan. Terkenang semasa lalu saya semasa menjadi penuntut UiTM. Terima kasih atas kunjungan.”

Delegasi yang sama sebelum ini mengunjungi ke pejabat Menteri Kerja Raya, Baru Bian dan timbalannya, Mohd Anuar Mohd. Tahir.

Zaini dalam kunjungan itu turut menerangkan mengenai fungsi dan peranan dijalankan oleh PAUiTM serta yayasan Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B) yang digerakkan oleh para alumni universiti itu.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...