> AHAL UUM rangkul kilauan emas di IRIISE, hasil inovasi ekstrak Sintok bantu atasi masalah kulit
AHAL UUM rangkul kilauan emas di IRIISE, hasil inovasi ekstrak Sintok bantu atasi masalah kulit
SITI FATIMAH ABDULLAH, UUM 26 September 2018

Penyelidik UUM beraksi cemerlang apabila merangkul pingat emas sempena International Research Innovation, Invention & Solution Exposition (IRIISE 2018) di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.

UUM diwakili oleh Pengarah Asian Halal Institute (AHAL), Dr. Risyawati Mohamed Ismail bersama pelajar pasca siswazahnya, Raihanah Hasaniah Abdullah dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik (School of Technology Management & Logistics, STML).

Menurut Dr. Risyawati, produk inovasi dari ekstrak Sintok itu diformulasikan dari kajian yang dijalankan yang berfungsi untuk membantu menyelesaikan masalah kulit dan pelbagai masalah kulit akibat jangkitan bakteria.

Ujarnya, di Malaysia penyakit kulit direkodkan sebagai salah satu masalah kesihatan yang menyebabkan ketidakupayaan kepada penghidapnya.

“Penggunaan antibiotik yang berlebihan tanpa aturan yang jelas dari doktor perubatan menyebabkan terhasilnya bakteria rintang seperti Methicillin Resistant Staphylococcus Aureus (MRSA) terhadap penyakit tersebut.

“Oleh itu, penyelidik mencari alternatif baru untuk menyelesaikan masalah ini daripada hasil alam semula jadi.

Sintok

Jelasnya, salah satu tumbuhan yang sesuai dengan keperluan tersebut adalah Sintok atau turut dikenali sebagai Beluru. Sintok adalah sejenis tumbuhan memanjat yang digunakan oleh nenek moyang terdahulu sebagai sabun dan juga syampu.

Melalui kajian yang dijalankan, penyelidik telah berjaya menghasilkan produk inovasi yang diformulasikan dari ekstrak Sintok yang mampu menghalang pertumbuhan bakteria secara saintifik.

Produk kosmeseutikal yang terdiri daripada sabun dalam bentuk pepejal dan cecair ini berfungsi untuk membantu merawat penyakit kulit seperti ekzema, psoriasis, kegatalan dan penyakit kulit yang berpunca dari jangkitan bakteria.

Produk inovasi dari ekstrak Sintok itu terdiri daripada sabun dalam bentuk pepejal dan cecair berfungsi membantu merawat penyakit kulit seperti ekzema, psoriasis dan kegatalan.

“Dalam pertandingan ini UUM mempersembahkan 2 produk kosmeseutikal dan kesihatan yang diformulasikan dari kajian terhadap ekstrak alam semula jadi iaitu sintok dan labu,” tambahnya.

IRIISE 2018 acara tahunan yang dianjurkan oleh Universiti Malaya (UM) untuk memupuk budaya inovasi di kalangan pelajar dan penyelidik dan menggalakkan kerjasama antara ahli akademik dan industri.

IRIISE menjadi platform kepada para penyelidik dari dalam dan luar negara, ahli akademik, pelajar serta pengamal industri untuk menunjukkan bakat, menterjemah idea cemerlang dan mempamerkan ciptaan yang mempunyai nilai komersial.

Sementara itu, Raihanah Hasaniah Abdullah berkata, kegembiraan berganda buat UUM apabila satu lagi produk sentuhan mereka yang diperbuat dari labu Cochinchin sejenis buah yang kaya dengan nutrien menerima pingat perak.

Dr. Risyawati (kiri) dan Raihanah Hasaniah bersama pingat yang dimenangi.

Beliau bersyukur atas kemenangan yang tidak disangka-sangka kerana berdepan saingan sengit dari universiti yang hebat dalam pertandingan tiga hari itu.

“Alhamdulillah, UUM memenangi 2 anugerah hasil dedikasi dan usaha yang tidak pernah kenal erti penat dan jemu, ini merupakan pertandingan inovasi pertama yang disertai oleh kami yang menjalankan penyelidikan di Halal Science Laboratory, UUM.

“Semasa pertandingan berlangsung, produk UUM berjaya menarik perhatian ramai termasuk pesaing, pelawat industri malah ada yang membeli prototaip yang dipamerkan sekali gus memberi pengalaman berharga buat saya,” luahnya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...