> SEL KL > Pelajar UIAM Juara Pendakwah Muslimah 2018
Pelajar UIAM Juara Pendakwah Muslimah 2018
ROSLAN ROSLY, UIAM Rabu | 26 September 2018

GOMBAK - Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang juga Timbalan Presiden 1, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 17/18 (MPP UIAM), Raudhatul Jannah Mohd Rozli dinobatkan sebagai Juara Pendakwah Muslimah 2018, iaitu sebuah rancangan realiti dakwah terbitan TV Alhijrah yang bersiaran secara langsung pada 22 September lalu.

Raudhatul Jannah Mohd Rozli dinobatkan sebagai Juara Pendakwah Muslimah 2018,
RAUDHATUL JANNAH

Raudhatul Jannah menewaskan empat lagi peserta pada pertandingan akhir tersebut. Dengan mendapat pungutan markah keseluruhan tertinggi, dia berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, pakej Umrah serta trofi kemenangan sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Dia berjaya mengatasi saingan sengit daripada Pendakwah Muslimah Nurul Amirah dan Pendakwah Muslimah Noor Hidayah yang berpuas hati dengan kedudukan kedua dan ketiga.

Raudhatul Jannah Mohd Rozli ketika dinobatkan sebagai Juara Pendakwah Muslimah 2018,
Raudhatul Jannah Mohd Rozli ketika dinobatkan sebagai Juara Pendakwah Muslimah 2018.

Berbekalkan semangat, keyakinan dan ilmu di dada, Pendakwah Muslimah Raudhatul Jannah menggunakan tagline 'Dakwah Bilhikmah Pasti Kemah!'

Dia yang berasal dari Shah Alam, Selangor itu dilihat sangat tenang, tegas dan bersahaja dalam mengupas tajuk ‘Suami & Anakku Penghuni Syurga’ secara padat dan tepat serta ia memberikan kelebihan pungutan markah tertinggi yang diberikan oleh juri.

Kemenangan yang diraihnya itu juga dilihat serba sedikit mampu mengubah pandangan tipikal sesetengah masyarakat Islam di negara ini tentang kerja-kerja dakwah oleh wanita.

Sewaktu ditemui, dia menjelaskan dirinya agak terkejut dan tidak menyangka akan bergelar juara memandangkan saingan hebat yang diberikan oleh lima finalis lain.

“Kemenangan ini bukanlah titik noktah kepada perjalanan saya untuk menjadi Pendakwah Muslimah. Tetapi ia adalah detik permulaan buat saya secara serius menggerakkan langkah ummah,” ujar pelajar tahun akhir UIAM yang juga peserta termuda.

Pada pertandingan akhir itu, dua orang juri telah dijemput iaitu Juri Profesional iaitu Datuk Dr. Izhar Mohd Ariff dan Dr. Nik Salida Suhaila.

Barisan pemenang Pendakwah Muslimah 2018.
Barisan pemenang Pendakwah Muslimah 2018.

Pendakwah Muslimah 2018 melabuhkan tirainya. Rancangan ini menyasarkan misi mencari pendakwah terbaik dalam kalangan wanita dan mengubah fikiran konservatif sesetengah masyarakat mengenai peranan wanita dalam pembangunan Islam.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...