> TERENGGANU > Bertembung kerapu sebesar kereta Kancil, buatkan jurufoto 'underwater' UMT mengucap panjang
Bertembung kerapu sebesar kereta Kancil, buatkan jurufoto 'underwater' UMT mengucap panjang
WARTAWAN KAMPUS UOLS Rabu | 26 September 2018

PENGALAMAN lebih sepuluh tahun bergelar jurufoto rasmi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bukan sahaja memberinya peluang menimba ilmu berkaitan fotografi, malah turut melalui pelbagai cabaran dan liku-liku sementelahan lagi bagi sebuah organisasi yang agak besar seperti universiti ini.

Semasa bertugas sempena Majlis Konvokesyen UMT yang dihadiri Tuanku Canselor.
Semasa bertugas sempena Majlis Konvokesyen UMT yang dihadiri Tuanku Canselor.

Bahkan, menurut pemilik nama Tengku Iskandar Zulfahmie Tengku Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Fahmie yang meminati kerjaya diceburi sejak kecil lagi ini, selain berpeluang bertemu pelbagai peringkat masyarakat dan kedudukan terutama tetamu-tetamu UMT, lebih menguja lagi apabila dia menambah lagi pengalaman dan pengetahuan dan memperoleh lesen selaman skuba yang membolehkannya mengambil gambar di bawah air (underwater) khususnya berkaitan bidang penyelidikan marina di UMT.

“Saya juga merupakan underwater photographer. UMT sebagai sebuah universiti yang berfokus marina amat memerlukan jurufoto khas bagi merakam segala aktiviti yang dijalankan UMT seperti Bidong Merdeka Dive 2018 yang berlangsung pada 31 Ogos baru-baru ini. Bagi merakam gambar bawah air bukan sahaja kepakaran merakam foto yang diperlukan, malah memerlukan lesen selaman skuba," katanya yang merupakan salah seorang dalam pasukan mencari dan menyelamat seorang pelajar UMT lemas di Pulau Redang.

Foto yang dirakam Ku Fahmie sempena Program Bidong Merdeka Dive 2018.
Foto yang dirakam Ku Fahmie sempena Program Bidong Merdeka Dive 2018.

Selain itu, menurut Ku Fahmie lagi, beberapa pengalaman lain yang tidak dapat dilupakan seperti ketika ditugaskan untuk merakam gambar aktiviti menyelam mantan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, sempena Sambutan Hari Sukan Negara dan juga merakam sampel tanah dan batu di dasar laut Pulau Perak dalam perairan Selat Melaka berkedalaman 100 meter bukan sahaja portfolio penting kerjaya fotografinya, malahan juga kebanggaan dan pencapaian peribadi tidak ternilai buat dirinya.

Mantan Menteri Pendidikan Tinggi yang dirakam Ku Fahmie.
Mantan Menteri Pendidikan Tinggi yang dirakam Ku Fahmie.

PENGETAHUAN FOTOGRAFI BAWAH AIR

Bagi Ku Fahmie juga, sekadar minat jika tidak disertakan pengetahuan berkaitan bidang fotografi juga tidak cukup terutama melibatkan penggambaran bawah air.

“Terdapat pelbagai kelengkapan khas yang diperlukan bagi merakam gambar bawah air. Antaranya perumah kamera kedap air (waterproof housing), alatan lampu pencahayaan serta alatan sokongan lain. Amat penting untuk jurufoto bawah air mengenali dan mengetahui isyarat-isyarat amaran pada lampu yang dilekatkan pada perumah kamera semasa berada dalam laut atau sungai kerana untuk mengelakkan daripada berlaku kebocoran pada setiap bahagian yang bercantum dimasuki air yang mengakibatkan kerosakan pada keseluruhan kamera. Harus diingatkan, kamera dan peralatan bagi tujuan merakam gambar bawah air sangat tinggi nilainya, malah mampu membeli sebuah kereta tempatan.

Persediaan sebelum kerja-kerja merakam gambar dasar laut.
Persediaan sebelum kerja-kerja merakam gambar dasar laut.

“Saya masih ingat lagi pada awal pengenalan kepada dunia kamera, hanya menggunakan kamera kompak yang murah untuk mengikuti kumpulan jurugambar untuk belajar teknik dan kemahiran bagi mendapatkan hasil foto yang berkualiti. Setiap foto harus mempunyai elemen-elemen tersendiri dan unik. Sudut pandang bagi setiap gambar juga mempengaruhi dan menentukan kepakaran juru foto tersebut.

“Saya suka berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang ingin belajar dalam selok-belok kamera. Di samping saya berkongsi pengalaman, pada masa yang sama saya turut memperoleh pengalaman-pengalaman baharu daripada rakan-rakan lain terutama yang lebih lama dalam dunia foto,” katanya yang juga pernah bersama-sama pasukan mencari dan menyelamat dalam tragedi enjin bot tercabut daripada badan bot yang sedang dinaiki di perairan Langkawi.

DISERANG PENYU

Sebagai jurufoto rasmi bagi aktiviti penyelidikan marin UMT dan menyelam di kawasan 'perkampungan' penyu di perairan Terengganu, pengalaman dan peristiwa berkaitan spesies ini mungkin dianggap biasa bagi kalangan penyelam.

Namun, bagi Ku Fahmie, ada di antara pengalaman yang satu dalam seribu sahaja dilalui jurufoto sepertinya waima profesional sekalipun.

Ku Fahmie ketika mengambil gambar sampel terumbu karang di perairan Terengganu.
Ku Fahmie ketika mengambil gambar sampel terumbu karang di perairan Terengganu.

"Saya juga pernah merakam sepasang penyu sedang ‘mengawan’ yang mana rakaman berkaitan teramat sukar diperoleh untuk tujuan kajian dan penyelidikan. Ada satu lagi kejadian, satu malam tu saya pernah diserang oleh penyu. Tak tau kenapa ia serang saya, sedangkan penyu tidak bersifat menyerang. Ketika itu saya sedang mengambil gambar bawah air dengan menggunakan light warna putih, tapi bila nampak penyu tu, saya tukar warna merah, tapi ia tetap menyerang juga.

"Satu lagi pengalaman yang tak mungkin saya lupakan sewaktu di Pulau Perak. Saya pernah bertembung dengan ikan kerapu sebesar kereta Kancil. Walaupun ikan tu just cross, tapi dalam hati saya dah mengucap panjang," imbasnya lagi.

MINAT MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI

Selain bidang fotografi, anak kelahiran Setiu, Terengganu yang mendapat galakan dan dorongan daripada keluarga terutama ayahnya ini juga sebenarnya seorang peminat tegar motosikal berkuasa tinggi.

“Saya akan mengikuti program ride yang dianjurkan oleh kelab-kelab motosikal sekiranya mempunyai kelapangan seperti Bike Week yang sering dianjurkan," kata Ku Fahmie, 33, bapa kepada dua cahaya mata yang selalunya akan ditemani isteri, Nurul Ainie semasa latihan meningkatkan kemahiran menunggang motosikal berkuasa tinggi di Litar Sepang, Selangor.

Ku Fahmie ditemani isteri semasa latihan meningkatkan kemahiran menunggang motor berkuasa tinggi di Litar Sepang.
Ku Fahmie ditemani isteri semasa latihan meningkatkan kemahiran menunggang motor berkuasa tinggi di Litar Sepang.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...