> SEL KL > Pelajar UiTM mengungguli Pertandingan Motivator Muda
Pelajar UiTM mengungguli Pertandingan Motivator Muda
UITM Khamis | 27 September 2018

SHAH ALAM - Bertempat di Dewan Mawar Qaseh, Kolej Mawar, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini telah berlangsung peringkat akhir pertandingan University Motivator Competition (UMAC) 2018 anjuran Pusat Kerjaya dan Kaunseling dengan kerjasama Kelab Peers UiTM Shah Alam serta Jawatankuasa Perwakilan Kolej Mawar.

Antara objektif penganjuran adalah melahirkan pelapis-pelapis penceramah motivasi muda yang boleh menjadi ikon pembimbing kepada para pelajar serta melatih mahasiswa dalam membentuk personaliti menarik, berkeyakinan dan memupuk sifat berani serta berkebolehan dalam melontarkan idea.

UMAC1
Selain itu, tiga orang peserta terbaik akan mewakili UiTM Shah Alam ke program Intervarsity Young Motivator Competition (I-MAC) 2018 yang bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 4-7 Oktober depan.

Menurut Pengarah Program, Norhisham Ya’cob selaku Pegawai Psikologi Kanan merangkap Penasihat Badan Persatuan Peer Kaunselor (PEERs) UiTM Shah Alam, penglibatan seramai 77 orang peserta dari UiTM Shah Alam dan Kampus Cawangan dalam UMAC adalah sebagai bukti pertandingan berbentuk pengucapan awam ini telah berjaya menambat hati pelajar UiTM untuk menyertainya.

Juara UMAC, Muhammad Zaki daripada UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.
Juara UMAC, Muhammad Zaki daripada UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.

Dalam pertandingan ini, seramai sepuluh peserta akhir telah mempersembahkan bakat masing-masing bagi merebut gelaran juara yang dinilai barisan juri berpengalaman.

Juara pertandingan dirangkul Muhammad Zaki Zainal Abidin daripada UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau, diikuti tempat kedua Ainin Sofiya Abdul Karim daripada UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat, manakala tempat ketiga dimenangi Rasydan Mohd Hassan mewakili UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah.

Naib Johan, Ainin Sofiya daripada UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat.
Naib Johan, Ainin Sofiya daripada UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan Pengarah Pembangunan Pelajar (HEP), Dr. Mohd. Bahrin Othman,

Tempat ketiga, Rasydan daripada UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah.
Tempat ketiga, Rasydan daripada UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang pertandingan dan kejayaan terpilih ke peringkat universiti seMalaysia.

UMAC2


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...