> IKON > Fatihah pegang 3 prinsip ini untuk berjaya, tak pernah anggap pesaing sebagai musuh!
Fatihah pegang 3 prinsip ini untuk berjaya, tak pernah anggap pesaing sebagai musuh!
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 28 September 2018

Orang sukses selalu mengambil risiko untuk sukses, dan untuk mengambil risiko itu harus mempunyai keberanian. Keberanian! Inilah salah satu daripada sikap terpuji Nur Fatihah Che Ruzlan, salah seorang tenaga pengajar di Kolej Komuniti Kuantan ini.

Bagi personaliti kali ini yang lebih mesra dikenali dengan Fatihah ini, kerjayanya sebagai pensyarah bermula sejak 2010 lagi dan dan pada awal tahun 2017, Fatihah telah diberi kepercayaan untuk menyandang tugas sebagai Pegawai Pembangunan Pelajar di Kolej Komuniti Temerloh dan sehingga kini di Kolej Komuniti Kuantan.

Menurut Fatihah, pendorong utamanya sudah tentu Pengarah serta rakan-rakan sejawat yang lain yang banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman dalam menguruskan hal-hal pelajar.

"Kedua ibu bapa saya juga sudah pasti sentiasa menjadi penasihat serta pengkritik utama saya," katanya lagi.

ISTIMEWANYA DIRI FATIHAH

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Senireka Fesyen) UiTM Shah Alam dan kini sedang menyambung pengajian Master of Management di Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Fatihah seorang yang berani dan suka mencabar diri melakukan perkara yang orang lain fikir dia tidak mampu lakukan.

"Saya percaya bahawa hidup adalah satu anugerah dan sentiasa cuba untuk mencapai sebanyak mungkin dan meletakkan anugerah ini pada tempat yang sepatutnya.

"Bila kita ingin mencapai sesuatu yang berharga dalam hidup kita, maka kita perlu menanamkan sikap berani. Kerana sikap berani membawa kita ke arah yang lebih baik dengan catatan bahawa sikap berani yang kita miliki untuk hal-hal yang bermanfaat.

Katanya lagi, seseorang yang ingin sukses dalam hidup ini perlu memiliki mental keberanian. Keberanian untuk bertindak, keberanian untuk mempertahankannya, dan keberanian untuk selalu mengembangkannya.

"Dalam buku,The Millionaire Mind, Thomas J. Stanley, Ph.D. menjelaskan bahwa ada hubungan signifikan antara keberanian dan keberhasilan. Orang sukses selalu mengambil risiko untuk sukses, dan untuk mengambil risiko itu harus mempunyai keberanian," tambahnya.

Bergambar bersama Timbalan Pengarah Pengurusan (baris kedua, 2 dari kiri) & AJK Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kolej.
Bergambar bersama Timbalan Pengarah Pengurusan (baris kedua, 2 dari kiri) & AJK Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kolej.

Fatihah juga memiliki sikap berdikari dan prinsip hidup yang tersendiri.

"Prinsip hidup saya, ‘Saya akan lakukan dengan cara saya'. Saya seorang yang bergantung pada diri sendiri dan tahu bagaimana untuk menjadi tabah pada diri sendiri.

"Saya cukup tahu apa yang saya mahukan dalam kehidupan dan saya tidak takut untuk mengejar impian saya. Bukanlah bermakna saya tidak perlukan bantuan sesiapa, namun sokongan daripada orang tersayang baik kawan atau keluarga juga amat penting buat saya dalam melakukan sesuatu perkara," ujarnya.

BAKAT SENI DARIPADA IBU

Mungkin ramai yang tidak tahu, Fatihah sukakan kesenian. Seni adalah segala perbuatan manusia yang timbul dari perasaan dan sifat indah, sehingga menggerakkan jiwa dan perasaan manusia. Seni juga bersifat subjektif.

"Sejak di bangku sekolah, saya gemar menyertai pertandingan sajak, syair, debat dan sewaktu dengannya. Mungkin bakat datang daripada ibu saya sendiri iaitu Cikgu Radziah Khadijah.

Menjuarai pertandingan sajak peringkat daerah Gerik sempena Hari Kemerdekaan 2012.
Menjuarai pertandingan sajak peringkat daerah Gerik sempena Hari Kemerdekaan 2012.

"Saya juga mempunyai pendekatan hidup yang sihat. Saya gunakan sebarang peluang untuk memaafkan, terus belajar dan membesar kerana saya percaya hidup adalah terlalu pendek untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja," katanya.

Tidak melihat sesiapa pun sebagai musuh walaupun apabila berdepan dengan pesaing membuatkan Fatihah berjaya mengharungi hidupnya walaupun sesekali berhadapan dengan cabaran.

"Persaingan bagi saya ialah bersifat inspirasi dan peluang untuk menjalin hubungan mesra dengan orang lain," ujar Fatihah.

Bergambar bersama Pengurusan Tertinggi Kolej Komuniti Kuantan dan barisan AJK Program Sambutan Hari Pendidik.
Bergambar bersama Pengurusan Tertinggi Kolej Komuniti Kuantan dan barisan AJK Program Sambutan Hari Pendidik.

CABARAN BERI PENGALAMAN BARU

Berasal dari Sibu, Sarawak, Fatihah menyatakan setiap tugasan sudah pasti memberi cabaran yang tersendiri. Semakin mencabar tugasan itu, semakin memberi ilmu baru dan pengalaman yang berguna. Namun menurutnya, semua cabaran itu manis-manis belaka kerana dirinya memang sukakan cabaran.

"Menguruskan hal-hal pelajar bukanlah sesuatu yang kita boleh anggap remeh. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memimpin pelajar-pelajar kita yang merupakan aset negara yang bernilai lebih-lebih lagi hidup pada zaman revolusi industri 4.0 kini.

"Maju mundurnya negara kita pada masa akan datang adalah bergantung pada keberkesanan kita (pendidik) memainkan peranan sebagai arkitek pembangunan modal insan yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah, dan kepimpinan," katanya penuh bersemangat.

Bergambar bersama barisan AJK Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Kolej Komuniti Kuantan 2018.
Bergambar bersama barisan AJK Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Kolej Komuniti Kuantan 2018.

MAHASISWA PERLU AKTIF KOKURIKULUM

Dalam mendepani cabaran masa kini remaja, Fatihah berpendapat adalah penting untuk mahasiswa bergiat aktif dalam aktiviti luar kuliah/aktiviti kokurikulum.

"Sebenarnya terlalu banyak manfaat yang diperoleh hasil penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum antaranya boleh mengasah bakat kepimpinan. Contohnya di Kolej Komuniti Kuantan terdapat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang mengurus dan membantu program-program di kolej seperti Sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Pendidik, dan sebagainya.

Bergambar bersama barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
Bergambar bersama barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

Katanya lagi, dalam masa yang sama mereka tahu bagaimana proses sebelum mengadakan program seperti penyediaan kertas kerja, perancangan kewangan, mencatat minit mesyuarat, menjadi pengacara majlis, menyediakan laporan sehinggalah tercapai objektif program seperti yang telah direncanakan. Sedikit-sebanyak mereka mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi dan kepimpinan.

"Paling penting, mahasiswa perlu tahu tentang kemampuan diri masing-masing dan serlahkan bakat yang ada," katanya.

Bergambar bersama-sama kakitangan dan pelajar yang menyertai Cabaran Pendakian Bukit Pelindung.
Bergambar bersama-sama kakitangan dan pelajar yang menyertai Cabaran Pendakian Bukit Pelindung.

BIODATA

Nama : Nur Fatihah Che Ruzlan

Tarikh Lahir : 28 Disember 1986

Tempat Lahir : Sibu, Sarawak

Pendidikan : UiTM Shah Alam (Ijazah Sarjana Muda (Senireka Fesyen)

Sedang menyambung pengajian (Master Of Management) di OUM

Kerjaya : Kolej Komuniti Gerik (2010 -2013), Kolej Komuniti Temerloh (2014-2017), Kolej Komuniti Kuantan (2018 hingga kini)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...