> > Hafiz, pelajar Politeknik Ungku Omar cemerlang di Litar Temerloh pada perlumbaan Petronas Malaysian Cubprix 2018 musim ke-25
Hafiz, pelajar Politeknik Ungku Omar cemerlang di Litar Temerloh pada perlumbaan Petronas Malaysian Cubprix 2018 musim ke-25
WARTAWAN KAMPUS UOLS 3 October 2018

Politeknik Ungku Omar sekali lagi menjadi perbualan hangat apabila pelajar politeknik tersebut beraksi cemerlang di Litar Temerloh, Pahang pusingan ke-4 perlumbaan Petronas Malaysian Cubprix 2018 sekali gus merangkul kemenangan sulungnya di podium pertama pada 19 Ogos lalu.

Nama Mohd Hafiz Nor Azman sudah tidak asing lagi dalam arena dunia perlumbaan permotoran Malaysia. Anak kelahiran Simpang Pulai, Ipoh Perak ini telah melibatkan diri dalam sukan permotoran sejak kecil lagi.

Bekas juara keseluruhan kategori wira kejuaraan Cubprix AAMM ini mewarisi legasi dan bakat bapanya sendiri juga adalah bekas pelumba motorsikal pada suatu ketika dahulu. Bapanya, Nor Azman Mad Darus juga adalah pengurus serta jurulatih kepada Hafiz sendiri dalam semua hal pengurusan perlumbaan.

Hafiz (kanan) bersama piala kemenangan tempat pertama.

Anak ketiga daripada empat beradik ini mempunyai impian yang hebat iaitu untuk menjadi pelumba MotoGP seperti Hafiz Shahrin. Tahun 2018 ini adalah tahun yang dinanti-nantikan beliau dalam sukan permotoran kerana beliau telah ditawarkan berkhidmat sebagai pelumba pasukan Petronas Racing Team-CKJ untuk menggalas tanggungjawab sebagai pelumba harapan kategori CP150.

Bermula dengan sangat cemerlang pada awal pembukaan Perlumbaan Petronas Malaysian Cubprix 2018 pada pusingn pertama di Litar Tangkak, Johor apabila berjaya menduduki tempat ketiga di garisan penamat daripada permulaan perlumbaan di petak ke-10 sekaligus mengangkat beliau menaiki podium di tempat ketiga dan membawa mata kepada pasukan yang diwakilinya.

Hafiz dengan gaya tersendiri rai kemenangan.

Mohd Hafiz Nor Azman yang juga pelajar jurusan Mekanikal Kejuruteraan-Automotif Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak ini juga sangat berdisiplin dalam aspek pengurusan masa terutama bidang akademik dan juga perlumbaan.

"Saya sangat berterima kasih pada semua pensyarah Politeknik Ungku Omar atas doa dan juga sokongan moral sepanjang saya berlumba," katanya.

Ucapan terima kasih itu turut ditujukan buat Pengarah Politeknik Ungku Omar, Tuan Haji Zairon Mustapha Timbalan Pengarah (Akademik) dan juga Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PUO Muhammad Zubir Hanafiah dan Juhaidie Zamani kerana melantik Khairul Akmal Nusi sebagai pengurusnya untuk urusan dalaman politeknik sepanjang dia melanjutkan diploma. Serta penghargaan buat Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Unit Sukan PUO Dr. Adzuieen dan Mohd Asri dalam memudahkan urusan perlumbaannya.

Hafiz di podium pertamanya dengan kelas tersendiri.

Hafiz juga menyatakan beliau sangat berterima kasih kepada semua pensyarah dan juga staf Politeknik Ungku Omar atas sokongan dan juga galakan sepanjang penglibatannya dalam kesemua perlumbaan.

Pengarah Politeknik Ungku Omar, Zairon Mustapha juga turut memberi galakan dan sokongan penuh untuk beliau terus berjuang dalam mengejar impian beliau untuk menjadi pelumba bertaraf dunia.

“Saya akan berusaha lagi untuk 6 kali lagi baki pusingan perlumbaan untuk merebut gelaran juara keseluruhan kategori CP150 Malaysian Cubprix musim ke-25 tahun 2018 ini dan doakan saya mendapat kemenangan saya pada pusingan setrusnya,” kata Hafiz lagi.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...