> AKTIVITI KAMPUS > International Day of University Sport terap budaya sukan dalam kalangan pelajar
International Day of University Sport terap budaya sukan dalam kalangan pelajar

SERDANG – Bagi menerapkan budaya sukan dalam kalangan pelajar ke arah melahirkan pelajar yang produktif, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program International Day of University Sport (IDUS) pada 20 September lalu.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, universiti sentiasa memberi sokongan bagi pelaksanaan program dan aktiviti sihat di kampus, serta akan meneruskan usaha menyediakan prasarana dan persekitaran yang baik untuk kegunaan warga kampus.

“Pencapaian akademik semata-mata tidak akan menjamin pelajar untuk diterima terus ke pasaran kerjaya tanpa adanya kemahiran tambahan kerana majikan pada masa ini memerlukan graduan yang berkemampuan tinggi,” katanya.

IDUS dilancarkan Federation International of Sports University (FISU) pada 2016 dan diraikan pada 20 September setiap tahun. Ia diiktiraf oleh UNESCO.

“Program ini bertujuan mewujudkan kesedaran umum untuk mengamalkan budaya hidup sihat antara universiti dan komuniti setempat dengan memberi tumpuan kepada program berbentuk sukan, aktiviti fizikal dan rekreasi,” kata Dr. Roslan lagi.

Program yang turut dihadiri Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Ir. Dr. M. Iqbal Saripan; Ketua Pustakawan UPM, Muzaffar Shah Hasyim; dan Ketua Pusat Sukan UPM, Dr. Hanafiah Ayub, dimeriahkan dengan penglibatan pelajar UPM sendiri dalam acara senamrobik, walkathon dan kayuhan santai.

Acara berbasikal, antara yang menarik penyertaan.
Acara berbasikal, antara yang menarik penyertaan.

Presiden pelajar antarabangsa UPM, Musheer AlJaberi ternyata gembira dapat menyertai program itu kerana secara langsung beliau dapat mempelajari budaya Malaysia.

“Program ini sangat bagus kerana sebagai pelajar antarabangsa, saya dapat bergaul lebih rapat dengan pelajar tempatan. Saya berharap agar lebih banyak program sebegini dianjurkan dengan melibatkan pelajar antarabangsa,” katanya.

Bagi pelajar Master of Applied Linguistics, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, Iman El Kari, dia teruja dengan program itu kerana terdapat pelbagai aktiviti sukan yang menarik.

“Ia sangat menyeronokkan... sorakan daripada para pelajar membuatkan saya begitu bersemangat untuk menyertai aktiviti senamrobik dan kayuhan santai,” katanya.

Sementara itu, seramai 33 atlet dari UPM yang mewakili negara pada Kejohanan Sukan Asia Jakarta Palembang 2018, Ogos lalu masing-masing menerima penghargaan insentif berupa wang tunai RM1,000 yang disampaikan Dr. Hassan Basri.

Antara atlet itu ialah Jonathan Wong (Menembak), Leong Mun Yee (Terjun), Zaidatul Husniah Zulkifli (Olahraga), Mohd Hakimi Ismail (Olahraga), Norliyana Kamaruddin (Olahraga), Johnatan Nyepa (Olahraga), Jacky Wong (Olahraga), Mohammad Siddiq Amir Jalil (Ragbi), Wan Izuddin Ismail (Ragbi), Muhamad Firdaus Tarmizi (Ragbi), Muhammad Ameer Nasrun Zulkeffli (Ragbi), Mohamad Khairul Abdillah Ramli (Ragbi), Ammad Dzafran Asyraaf Muhamad Zainudin (Ragbi), Muhammad Zyuraidi Abdul Majid (Ragbi), Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan (Hoki), Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (Hoki), Fatin Syafika Mahd Shukri (Hoki), Hanis Nadiah Onn (Hoki), Nuraslinda Said (Hoki), Wan Nor Faezah Md Sauiti (Hoki), Mas Huzaimah Md Aziz (Hoki), Norazlin Sumantri (Hoki), Raja Norshahrina Raja Shahbuddin (Hoki), Siti Noor Amarina Ruhani (Hoki), Suriran Awang Noh (Hoki), Ahamd Lutfi Othman (Menembak), Muhamad Kamal Ishak (Sepak Takraw), Siti Nur Sarah Salehudin (Climbing), Phoon Eyien (Wushu), Tracy Ng (Gimnastik), Nur Aliya Ghapar (Memanah), Lee Yhing Huey (Renang Irama) dan Chong Wei Fu (Judo).

UPM1


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...