> > Menteri Besar tinjau perkembangan transformasi UNISEL
Menteri Besar tinjau perkembangan transformasi UNISEL
HASRIL ABU HASSAN, UNISEL 5 October 2018

Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tuan Amirudin Shari semalam telah meluangkan masa melawat beberapa lokasi yang ditambah baik sekitar Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya. Lawatan tersebut merupakan lawatan kali pertama beliau ke UNISEL setelah dilantik menjadi Menteri Besar Selangor pada pertengahan tahun ini.

Dalam rangka lawatan tersebut, beliau sempat meninjau beberapa lokasi yang masih di dalam proses pengubahsuaian antaranya Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Pusat Sukan, Smart Tahfiz Masjid UNISEL, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial dan Perpustakaan.

Beliau yang hadir ke UNISEL bagi menyaksikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pro-Canselor, Y.A.D Datuk Setia Dr. Haji Anuar Masduki itu turut menyambut baik saranan yang telah diberikan oleh Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL agar proses transformasi ini diteruskan dalam kesemua aspek bagi menarik minat lebih ramai pelajar untuk ke UNISEL.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...