> SEL KL > Politeknik Melaka meraih pingat Perak WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2018
Politeknik Melaka meraih pingat Perak WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2018
WARTAWAN KAMPUS UOLS 5 October 2018

KUALA LUMPUR - Penuntut Politeknik Melaka (PMO), Muhammad Ashraf [email protected], telah memenangi pingat Perak dalam kategori Bricklaying WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2018 di Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2018 yang berlangsung di Mitec, Kuala Lumpur.

Muhammad Ashraf telah menewaskan tujuh pencabar dari pelbagai institusi. Dia berjaya mendapat markah tertinggi di antara pencabar lain yang melayakkannya memenangi pingat perak dan membawa pulang sijil dan wang tunai berjumlah RM2,500.

Muhammad Ashraf bersama pengarah PMK Hj Abdul Aziz dan jurulatihnya, Umavathy dan Norzainariah.
Muhammad Ashraf bersama pengarah PMK Hj Abdul Aziz dan jurulatihnya, Umavathy dan Norzainariah.

Dalam pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2018, lebih 1,000 orang telah menyertai pertandingan kemahiran tinggi itu, namun hanya 211 peserta ke peringkat akhir. Dalam pertandingan tersebut, sebanyak 27 bidang dipertandingkan.

Hasil kerja yang telah siap dalam kategori Bricklaying Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2018.
Hasil kerja yang telah siap dalam kategori Bricklaying Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2018.

Muhammad Ashraf melahirkan kegembiraan apabila namanya diumumkan sebagai pemenang pingat perak bagi kategori bricklaying.

“Banyak cabaran dihadapi bagi melengkapkan projek dan tugasan yang ditetapkan, namun dengan bantuan tenaga pengajar, rakan-rakan, saya berjaya melakukannya," kata Muhammad Ashraf yang telah dilatih oleh Umavathy Arumugam dan Norzainariah.

POLI MELAKA 3
Muhammad Ashraf bersama jurulatihnya, Umavathy bersama anugerah yang dimenangi.

Menurut Umavathy Arumugam, dalam kategori bricklaying tiada pemenang pingat emas. Ashraf hanya kurang 4 mata untuk melayakkannya mendapat pingat emas, namun begitu dia tetap berbangga di atas kejayaan yang dicapai dan ini merupakan pengalaman berharga buat anak didiknya.

“Kemahiran yang ditimba dalam pertandingan itu lebih mendalam daripada diajarkan dalam kursus pengajian yang beliau pelajari,” ujarnya.

Umavathy juga berharap Muhammad Ashraf akan terpilih mewakili Malaysia ke World Skill Competition yang akan diadakan di Kazan, Rusia pada 2019.

Penerima pingat bagi kategori Bricklaying Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2018.
Penerima pingat bagi kategori Bricklaying WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2018.

Pertandingan WorldSkills Malaysia kategori Belia (WSMB) atau dahulunya dikenali sebagai Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) adalah satu pertandingan kemahiran yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf pelatih dan pekerja mahir yang mempunyai kemahiran yang unggul.

Pertandingan ini akan dijalankan melalui dua peringkat iaitu peringkat pra-kelayakan dan peringkat akhir.

Majlis telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...