> AKTIVITI KAMPUS > Pelajar UPSI, korban cuti hujung minggu untuk bersihkan longkang
Pelajar UPSI, korban cuti hujung minggu untuk bersihkan longkang

TANJONG MALIM – Atas nama tanggungjawab dan keprihatinan, seramai 15 orang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak kesal berkorban cuti hujung minggu demi menjalankan program Green [email protected] pada Ahad 30 September lalu.

Program ini terhasil apabila seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI mengajak Kelab Rakan Alam Sekitar untuk bersama-sama membersihkan kawasan sekitar tempat hentian bas di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Menurut salah seorang peserta, Nik Fatin Nurhawani, walaupun aktiviti gotong-royong ini dilakukan pada hujung minggu, namun masih ramai mahasiswa yang melibatkan diri.

Antara mahasiswa yang menjayakan program Go [email protected]

"Saya amat terkejut kerana mereka sanggup mengorbankan cuti hujung minggu untuk memberi kerjasama dalam memastikan kawasan persekitaran kampus sentiasa bersih. Ini adalah salah satu teladan yang boleh dijadikan contoh dalam melahirkan para guru cemerlang akhlaknya sejajar dengan kempen 2A yang dilaksanakan iaitu cemerlang akademik dan akhlak. Saya berharap UPSI terus bersih dan sentiasa dalam zon hijau,” katanya.

Pendapat sama disuarakan Balqis Fahemi sambil berterima kasih dan mengucapkan tahniah dengan penglibatan semua ahli Rakan Alam Sekitar dan wakil MPP dalam menjayakan aktiviti gotong-royong di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah ini.

Keadaan sebelum dan selepas program Go [email protected] dijalankan.

"Saya berharap aktiviti ini dapat diteruskan lagi dan ramai mahasiswa/i yang terlibat pada masa akan datang. Selain daripada dapat menjaga kebersihan UPSI, hal ini dapat mempertingkatkan lagi semangat mahasiswa-mahasiswi UPSI dalam menjaga alam sekitar," ujarnya.

Satu ucapan yang sering diucapkan Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof. Madya Dr. Md Amin Mad Taff ialah “jangan tanya apa yang universiti boleh sumbangkan kepada anda, tapi tanyalah apa yang boleh anda sumbangkan kepada universiti" menjadi pendorong semangat kepada para pelajar UPSI untuk membuat kerja-kerja sukarela seperti ini.

Setelah tamat program Go [email protected]

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...