> JOHOR > Hasrat konvo tak kesampaian, pensyarah terlibat kemalangan selepas hantar anak ke sekolah
Hasrat konvo tak kesampaian, pensyarah terlibat kemalangan selepas hantar anak ke sekolah
NUR ALINA HASSAN 6 October 2018

BATU PAHAT - Hasrat pensyarah untuk konvokesyen pada 23 Oktober ini selepas tamat pengajian doktor falsafah (PHD) tidak kesampaian apabila terkorban dalam nahas, minggu lalu.

Isteri mangsa, Nur Shaylinda Mohd Zin, 38, berkata, meskipun sedih dengan kejadian menimpa suami, Mohd Hazreek Zainal, 38, namun dia reda dan perlu menempuh hari mendatang termasuk membesarkan puteri tunggal, Nur Hasya, 10.

Dalam kejadian 1 Oktober lalu, Mohd Hazreek yang bertugas di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) maut dalam kemalangan di Kilometer 18, Jalan Kluang-Ayer Hitam. Ibu mangsa, Hamiman Annuar, 64, berkata, pada hari kejadian, motosikal arwah bertembung dengan lori selepas menghantar anaknya, Nur Hasya ke sekolah.

Katanya, Allahyarham sepatutnya konvokesyen di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dua minggu lagi. Menurutnya, anak kedua daripada empat beradik itu telah membuat persiapan termasuk merancang membawanya bersiar-siar di Pulau Pinang nanti.

“Sehari sebelum kejadian, saya rasa tak sedap hati. Masa tu arwah ada maklumkan rancangan bawa saya ke Pulau Pinang. Sebelum kejadian, saya asyik tatap potretnya di bilik, perhati dan merenung.
“Malam sebelum kejadian, ketika dia mengambil Hasya, waktu itu saya perasan cuping telinganya kelihatan berbeza. Hati rasa tak sedap dan saya hanya nasihatkannya agar berhati-hati sebelum pulang,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Sri Gading di sini, semalam.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sri Gading yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh; Pendaftar Bahagian Pejabat Am UTHM, Abdul Halim Abdul Rahman dan Timbalan Pengurus Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Batu Pahat, Mohd Saifuddin Mohd Nor melakukan kunjungan.

Nur Shaylinda menerima cek disampaikan Shahruddin sambil diperhatikan Mohd Saifuddin (kanan).
Nur Shaylinda menerima cek disampaikan Shahruddin sambil diperhatikan Mohd Saifuddin (kanan).

Sementara itu, Nur Shaylinda, yang juga pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar UTHM berkata, kali terakhir beliau bertemu suami ketika mereka berada di pejabat pagi hari kejadian.

“Saya dan suami berada di jabatan sama, namun kami ke tempat kerja menaiki kenderaan berasingan dan arwah tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Saya reda dengan kejadian ini, namun sedih kerana kami sudah bersama sejak diploma sehingga PHD di USM dan seterusnya berkahwin,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun bersyukur dan terharu dengan bantuan semua pihak termasuk kakitangan dan pelajar UTHM selain Perkeso yang tampil memberi sokongan, sumbangan dan menziarahi keluarganya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...