> > Kerjasama UMT dan RETI berjaya hasilkan program Sarjana Muda Pengurusan Maritim
Kerjasama UMT dan RETI berjaya hasilkan program Sarjana Muda Pengurusan Maritim
MUHAMMAD IQBAL RAMLAN 3 October 2018

PUTRAJAYA - Majlis menandatangani Memorandum Persetujuan (MoA) di antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Ranaco Education and Training Institute (RETI) telah diadakan pada pagi ini di Pusat Komunikasi Strategik, Universiti Malaysia Terengganu, di sini.

Kerjasama di antara UMT dengan RETI ini merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Program Pemerkasaan IPTS Bumiputra.

Hasil pertukaran MOA antara kedua-dua institusi tersebut, program akademik kerjasama Sarjana Muda Pengurusan Maritim telah berjaya ditawarkan.

Sesi menandatangani memorandum persetujuan.

Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Hj. Mokhtar berkata, program akademik kerjasama ini mempunyai standard dan kualiti yang setanding dengan program yang ditawarkan di UMT, malah ianya juga telah menerima status akreditasi penuh oleh MQA pada tahun 2012.

DR.NOR AIENI

“Pihak UMT akan mengawal selia jaminan kualiti program tersebut di sepanjang tempoh kerjasama antara UMT-RETI merangkumi keseluruhan aspek penawaran bermula daripada proses permohonan dan penawaran, pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian dan penaksiran,” katanya.

FIRDHAUS RAMLAN

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RETI, Ahmad Firdhaus Ramlan, semasa proses pemilihan kerjasama ini berlangsung, dia dengan segera terus memilih untuk bekerjasama dengan UMT kerana terletak di negeri yang sama, dan program dan sinergi pekerja dan pelajar yang wujud antara UMT dan RETI telah berlangsung cukup lama, cuma sebelum ini ianya tidak melalui satu kerjasama yang rasmi dan konkrit.

“Alhamdulillah, segala kerja keras dan perbincangan bersama antara kedua-dua pihak telah berjaya sampai ke peringkat ini,” katanya.

Sesi bertukar-tukar memorandum.

Majlis diakhiri dengan sesi menandatangani dan bertukar-tukar memorandum di antara pihak UMT dan RETI.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...