> > Ada yang takkan pelajar UiTM Seri Iskandar lupakan ketika berada di dalam 'bilik perlindungan' Bunker Kaliadem
Ada yang takkan pelajar UiTM Seri Iskandar lupakan ketika berada di dalam 'bilik perlindungan' Bunker Kaliadem

PENGHUJUNG Ogos lalu, pelajar Interior Design Association (Ideas), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Seri Iskandar, Perak telah mengadakan projek khidmat masyarakat, International Voluntary Community ke Universitas Islam Indonesia (UII), Yogyakarta dan Panti Asuhan Al Hakim Sinar Melati, Yogyakarta, Indonesia.

Tujuan utamanya selain aktiviti kemasyarakatan adalah bagi mengadakan sesi perkongsian ilmu dan perbincangan untuk menggalakkan pertukaran dan pengayaan ilmu di UII di samping menimba pengalaman lain termasuk mengenali dan menyelami kesenian, kebudayaan dan warisan negara jiran berkenaan.

Berikut catatan perjalanan dan pengalaman yang dikongsi sepanjang program berkenaan.

HARI PERTAMA (27/8/2018)

Seawal jam 9 pagi, para pelajar dan para pengiring berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2). Pada pukul 11.30 pagi, pesawat Air Asia yang dinaiki oleh para pelajar dan juga pengiring berlepas ke Yogyakarta, Indonesia.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Yogyakarta Indonesia mengambil masa selama 3 jam. Pada pukul 2.30 petang (waktu Indonesia) pesawat Air Asia mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Adisujipto.

Pada pukul 2.45 petang, para pelajar serta para pengiring bertolak ke Universitas Islam Indonesia (UII), Kampus Terpadu dan tiba di sana pada pukul 3.30 petang. Kedatangan disambut baik Dr. Noor Cholis Idham, Ketua Jurusan Arsitektur, pihak Jurusan Arsitektur Universitas Islam Antarabangsa, serta sebahagian pelajar. Dr. Noor Cholis Idham ucapan alu-aluan.

Sesi penyerahan rak buku oleh presiden persatuan Pelajar Senibina Dalaman (Ideas).

Seterusnya, syarahan oleh Prof Madya Dr. Mohd Sabrizaa Acara dan penyerahan buku dan cenderahati kepada Jurusan Arsitektur serta diikuti dengan sesi fotografi sebagai tanda kenang-kenangan.

Selepas itu diikuti pertemuan dengan dekan Dekan Fakultas Teknik Sivil dan Perencanaan dan perbincangan dengan Jurusan Arsitektur. Pada pukul 6 petang, para pelajar dan para pengiring bergerak untuk menunaikan solat dan makan malam. Setelah itu, pada pukul 9 malam kami bertolak ke hotel untuk check in dan berehat.

Perbincangan kolaborasi dengan Dr. Noor Cholis, Ir. Dr. Suparwoko dan Dr. Ing. Putu Ayu Pramana.

HARI KEDUA (28/8/2018)

Seawal jam 4.45 pagi, kesemua pelajar dan pengiring telah bersedia untuk aktiviti yang seterusnya. Setelah bersarapan, kami bertolak ke lokasi yang pertama iaitu Gunung Merapi dan tiba di sana pada pukul 6 pagi.

Lawatan ke Gunung Merapi yang mana pernah meletus pada 2010 dan dijadikan pusat pelancongan di Yogyakarta, Indonesia.

Setibanya kami di sana, kami menaiki jip untuk mengelilingi Gunung Merapi. Kami berkesempatan untuk melihat bilik perlindungan yang digelar sebagai Bunker Kaliadem, melihat Batu Alien, serta muzium yang menyimpan barang-barangan serta terdapatnya kisah sejarah Gunung Merapi yang dipamerkan di situ. Aktiviti di Gunung Merapi berakhir pada pukul 8.45 pagi.

Di dalam 'bilik perlindungan' Bunker Kaliadem.

Selepas itu, kesemua pelajar dan pengiring bertolak ke Panti Asuhan Al Hakim Sinar Melati. Kami tiba di sana pada pukul 9.15 pagi. Acara di panti asuhan ini dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh wakil daripada panti asuhan tersebut.

Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Panti Asuhan Al Hakim Sinar Melati, diikuti dengan ucapan oleh Ameer Hakeem (UiTM Tapah) selaku Pengarah Program.

Sesi Pengembangan dan Perkongsian Ilmu oleh Pensyarah Jabatan Senibina Dalaman UiTM, Dr. Mohd Sabrizaa bersama mahasiswa dan staf UII.

Selanjutnya, Syed Shadali juga memberikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan Perpustakaan Mini di Panti Asuhan Al Hakim Sinar Melati. Acara diteruskan dengan lawatan sekitar mini perpustakaan tersebut.

Presiden Ideas Jabatan Senibina Dalaman, Mohamad Safuwan Mohd Sobri membuat penyerahan empat rak mini perpustakaan berharga RM950 seunit. Manakala pihak Kolej Gamma membuat penyerahan Al-quran serta wang sumbangan sebanyak RM1,200 dan Indonesia Rupiah 8 juta diberikan kepada Ketua Panti Asuhan Al Hakim Sinar Melati. Acara di panti asuhan ini diakhiri dengan sesi fotografi.

Pihak Kolej Gamma UiTM Tapah berjumpa dengan Fakulti Keusahawanan di UII.

Setelah selesai makan tengah hari, kami bertolak ke kilang batik Rara Djonggrang, Yogyakarta. Kami solat zuhur di sana dan aktiviti diteruskan dengan sesi pembelajaran membuat batik seperti mencanting, mewarnakan kain dan juga merebus kain. Pada pukul 2.30 petang, kami bertolak ke Candi Prambanan, Yogyakarta dan tiba di sana pada pukul 3.15 petang. Para pelajar serta para pengiring mengambil masa selama dua jam berada di dalam Candi Prambanan. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan untuk solat serta makan malam dan bertolak balik ke hotel pada pukul 7 malam.

HARI KETIGA (29/8/2018)

Seawal jam 6.30 pagi, para pelajar dan pengiring bersarapan seterusnya bersedia untuk aktiviti yang selanjutnya. Kami bertolak ke Jurang Tembelan, Yogyakarta pada pukul 7 pagi. Kami tiba di sana pada pukul 8 pagi dan berkesempatan untuk menikmati pemandangan sekitar Jurang Tembelan tersebut. Lokasi seterusnya ialah Pine Forest iaitu hutan yang terdapatnya pokok-pokok Pine.

Seterusnya, kami bertolak ke Pulau Timang, Yogyakarta, namun kami berhenti makan tengah hari pada pukul 1.30 petang sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Timang dengan menaiki jip. Para pelajar dan pengiring mengambil pengalaman menaiki Gondola dan jambatan yang disediakan di situ.

Lawatan ke Pulau Timang, Yogyakarta, Indonesia.

Pada pukul 4.30 petang, kami turun dari Pulau Timang dan meneruskan perjalanan untuk solat dan makan malam. Perjalanan diteruskan menuju ke Jalan Malioboro, Yogyakarta yang terkenal untuk membeli-belah. Kami pulang ke hotel pada jam 10 malam.

Lawatan ke Galeri Merapi, hasil tinggalan kesan peristiwa Gunung Merapi pada 2010 yang menghancurkan kawasan berdekatan kawasan gunung tersebut.

HARI KEEMPAT (30/8/2018)

Setelah para pelajar dan para pengiring bersarapan pagi, perjalanan pada hari terakhir bermula pada pukul 9 pagi menuju ke kedai kuih tradisional Indonesia yang bernama Bakpia.

Seterusnya, kami menuju ke Keraton yang dikenali sebagai Sultan Palace pada pukul 10 pagi. Kami melawat sekitar kawasan di Sultan Palace selama 3 jam. Pada pukul 1 petang, kami menunaikan solat zuhur di Masjid Agung Keraton dan makan tengah hari sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Adisujipto pada pukul 2 petang.

Pesawat Air Asia mula berlepas dari Lapangan Terbang Adisujipto ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada pukul 7.30 malam (waktu Indonesia). Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada pukul 11 malam waktu Malaysia. Pada pukul 11.30 malam, para pelajar dan para pengiring bergerak pulang ke rumah masing-masing.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...