> > Kelab Frisbee UUM kejar kejuaraan
Kelab Frisbee UUM kejar kejuaraan

SINTOK – Kelab Frisbee Universiti Utara Malaysia (UUM) kejar kejuaraan dengan mengadakan latihan intensif sempena Kejohanan Frisbee Nest Open 2018 di UiTM Arau pada 3 hingga 4 November depan.

Presidennya Afeeq Danial Noor Azimin 21, berkata pasukannya mengadakan latihan intensif termasuk fizikal dan mental setiap hari selama dua jam di padang kompleks sukan kampus itu.

‘Saya melihat rakan pasukan bukan sahaja semangat dalam sesi latihan yang diadakan malah sokongan senior yang pernah mewakili pasukan ini sejak ditubuhkan pada 2013 turut turun padang untuk membantu pasukan kami,” katanya.

Kelab Frisbee Universiti Utara Malaysia sedang menjalani latihan.

Bagi Afeeq pasukannya mengadakan sesi latihan yang cukup di samping mengadakan sesi perlawanan persahabatan melalui klinik Frisbee yang dianjurkan oleh pelajar universiti yang berminat dalam pasukan ini.

“Cabaran perlu diharungi dan ketekunan serta ketabahan dalam sesi latihan yang dijalankan merupakan kunci untuk kami menempuh kejayaan nanti,” kata mahasiswa semester ketiga ini.

Kelab Frisbee Universiti Utara Malaysia bergambar kenangan.

Dalam pada itu pasukan Frisbee UUM bersedia untuk mengadakan latihan dan klinik kepada pelajar sekolah di daerah sekitar Kubang Pasu sekiranya mereka berminat memandangkan sukan ini baru di kawasan ini.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...