> ISU > Datuk Dr Muhammad Nur Manuty dilantik Ahli Lembaga Pengarah UNISZA
Datuk Dr Muhammad Nur Manuty dilantik Ahli Lembaga Pengarah UNISZA
WARTAWAN SINAR HARIAN 11 October 2018

KUALA LUMPUR - Pengerusi PKR Perak, Datuk Dr Muhammad Nur Manuty dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Univesiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Selain beliau, turut dilantik ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes sebagai Ahli Lembaga Pengarah UniSZA (Wakil Swasta) dan Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abd Rahman sebagai Ahli Lembaga Pengarah (Wakil Berpengetahuan dan Berpengalaman).

Sementara itu, beberapa universiti lain turut mengumumkan pelantikan Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ahli Lembaga Pengarahnya.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) melantik Pengarah Urusan Altera Corporation (M) Sdn Bhd, Datuk Dr Mohd Sofi Osman sebagai Pengerusi Lembaga Pengarahnya.

Manakala, Pengasas syarikat perkapalan Halim Mazmin Berhad, Tan Sri Halim Mohammad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Semua pelantikan adalah bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa pada 1 Oktober lalu sehingga 30 September 2021.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...