> > Travelog AD: UiTM 2.0 berjaya kumpul dana 16 wakaf perigi pam untuk penduduk Kemboja
Travelog AD: UiTM 2.0 berjaya kumpul dana 16 wakaf perigi pam untuk penduduk Kemboja
NORIZA ARZAIN, UiTM 8 October 2018

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM), atau lebih dikenali sebagai AD (Art & Design) telah meraikan 50 tahun penubuhannya.

Bagi menyemarakkan nama fakulti dan universiti ke peringkat yang lebih tinggi, di bawah bimbingan Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar – Unit Kebajikan dan Komuniti, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka Shah Alam/Puncak Alam berhasrat untuk melebarkan kepakaran dan hubungan khidmat kemasyarakatan ke peringkat antarabangsa.

Projek ini dijalankan atas keprihatinan kita terhadap penduduk di sana yang menyatakan kesukaran mendapat bekalan air yang bersih kerana tiada bekalan paip air disediakan, terutamanya di kawasan perkampungan.

Air bersih menjadi isu kritikal yang dihadapi oleh penduduk Kemboja. Lebih 50 peratus penduduk desa Kemboja tidak mempunyai keperluan asas air bersih. Penduduk di sana masih minum dan membasuh dengan air yang tidak bersih. Mereka memohon kepada mana-mana rakyat Malaysia yang dermawan dan berkelapangan rezeki untuk membuat wakaf perigi.

Projek Travelog AD: Cambodia ‘Dekat Di Hati’ yang pertama telah berjaya diadakan pada 23 hingga 25 Februari 2018 yang lalu di sekitar Kampong Cham, Phnom Penh. Projek ini telah dijayakan oleh barisan 9 pensyarah dan 2 staf pentadbiran fakulti AD.

Hasil daripada sumbangan dana daripada orang perseorangan, badan kerajaan dan swasta, serta kutipan dari masjid, sebanyak 17 Wakaf Perigi Pam berjaya dibina sebagai sumber air untuk kegunaan penduduk tempatan di sana, terutamanya di kawasan yang sukar untuk memperoleh sumber air. Selain daripada itu, sumbangan berbentuk pakaian, makanan dan keperluan pembelajaran untuk kanak kanak turut diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Atas sambutan yang menggalakkan, di bawah bimbingan Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar – Unit Kebajikan dan Komuniti, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka Shah Alam/Puncak Alam Fakulti AD telah berjaya mengutip dana yang mampu menampung pembinaan sebanyak 16 wakaf perigi pam pada Travelog AD: UiTM 2.0.

Selain menampung pembinaan telaga, kami juga melakukan beberapa aktiviti seperti membuat mural di sekolah, pertandingan lukisan (creative test) dan aktiviti bergotong-royong menyediakan makanan untuk penduduk miskin dengan menyembelih seekor lembu untuk dijamu kepada penduduk kampung.

Sehubungan dengan itu, diharapkan program murni ini dapat direalisasikan dan menjadi pencetus seiring dengan matlamat fakulti dan universiti untuk menjadi pusat ilmu yang terkehadapan, berteknologi dan berdaya saing. Juga diharapkan agar ia menjadi satu ikatan hubungan baik antara warga AD dan masyarakat negara luar.

Travelog AD: UiTM 2.0 melibatkan seramai 22 orang yang terdiri daripada 9 pensyarah dan 3 staf pentadbiran bersama 10 orang pelajar daripada disiplin yang berbeza-beza. Pada kali ini, tim travelog AD ke sana selama 4 hari 3 malam dengan menjalankan beberapa aktiviti.

Untungnya pada kali ini, kami mendapat peluang berjumpa mangsa banjir dan berkesempatan memberi sumbangan pakaian makanan kepada mereka. Ini adalah platform terbaik bagi pelajar untuk menonjolkan sifat kepimpinan, kemasyarakatan, dan tanggungjawab atas amanah yang diberikan. Peluang ini juga boleh digunakan oleh pelajar untuk mempraktikkan hasil pembelajaran mereka melalui aktiviti lukisan mural bersama kanak-kanak.

Dengan harapan progam ini dapat melonjakkan visibility di persada global serta menaikkan reputasi fakulti dan UiTM di peringkat antarabangsa. Bagi mana-mana badan kerajaan atau swasta yang berminat untuk menyumbang telaga atau sebarang sumbangan boleh menghubungi Noriza Arzain (Ketua Projek) di talian 0125646431 dan Norfadilllah Ibaruslan (penyelaras Projek Puncak Alam) di talian 012-721 3329.

Untuk keterangan dan maklumat lanjut berkenaan projek Travelog AD: Cambodia, sila layari instagram @travelogAD.uitm, atau di Facebook Adtravelog.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...