> SEL KL > AlChemist dan UTMSpace jalin MoU bangunkan program pendidikan belia
AlChemist dan UTMSpace jalin MoU bangunkan program pendidikan belia
WARTAWAN KAMPUS UOLS 11 October 2018

KUALA LUMPUR – AlChemist Training Academy (AlChemist) iaitu pusat latihan berteraskan program Outfit Industri menawarkan peluang pendidikan dan pekerjaan terutama kepada generasi muda yang gagal menempatkan diri di institusi pengajian tinggi.

Program Outfit Industri ini berasaskan strategi rekabentuk pendidikan kemahiran, integrasi assimili keperluan industri bagi melengkapi graduan dengan ilmu pekerjaan terkini serta berkebolehan untuk memenuhi permintaan pasaran pekerjaan.

“Kami sudah ada kemudahan pengajaran dan pembelajaran terkini di Cyberjaya, jalinan kerjasama industri dalam dan luar negara, sokongan dan kepercayaan pelabur, dan kini, dengan pengiktirafan UTMSpace sebagai rakan kerjasama, kami yakin mampu menempa program pembangunan profesional dalam merealisasikan fokus pengajian,” kata Pengerusi Lembaga Pengajian dan Industri AlChemist Training Academy, Dr Omar J.

Fokus utama AlChemist adalah dalam bidang ICT, hospitaliti, pengurusan, ikhtisas, kejuruteraan, kepimpinan dan keusahawanan.

Justeru, pengiktirafan rakan kerjasama UTMSpace ini membolehkan AlChemist menawarkan program Pensijilan Profesional, Diploma Profesional, Ijazah Sarjana Muda Profesional dan Sarjana Profesional dalam bidang-bidang berkaitan.

Antara program yang telah direkabentuk bersama rakan industri ialah Diploma Profesional Tourism Photography, Bachelor Profesional Business Administration, Bachelor Profesional Integrated Operational Management Bachelor Profesional Strategic Management, Bachelor Profesional Forensic Technology (NDT certified by ASNT).

Selain memperkasa golongan muda, AlChemist juga menawarkan program latihan pengukuhan organisasi dan komuniti termasuk pool talent building, leadership ambassador programme, leadership empowerment, communication skills for leader, pembangunan profesional, pembangunan komuniti dan pelaburan ICT.

AlChemist juga berhasrat menawarkan perkhidmatan latihan pemindahan teknologi, termasuk skim penempatan untuk pensyarah dan penyelidik yang berhasrat mendapat pemahaman industri mengenai pemindahan pengetahuan serta pengkomersialan dalam bidang ICT, di samping memperkenalkan gaya usahawan teknologi dengan kemahiran perniagaan terkini.

Terdahulu, majlis MoU bersama UTMSpace yang diadakan baru-baru ini telah disempurnakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, UTMSpace, Prof. Ir Dr Mohd Azraai Kassim, diiringi Pengarah Pejabat Pendaftar dan Korporat, UTMSpace, Dr Sofian Ibrahim dan Prof Madya Sr Dr Zakaria Mohd Yusof, Pengarah Pendidikan Berterusan, UTMSpace serta rakan-rakan industri AlChemist.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...