> AKTIVITI KAMPUS > #LoveMeDon'tHurtMe Kongsi kisah sedih si kucing jalanan yang punya harapan tipis untuk hidup
#LoveMeDon'tHurtMe Kongsi kisah sedih si kucing jalanan yang punya harapan tipis untuk hidup
IRWAN AFFENDI, UiTM DENGKIL 11 October 2018

DENGKIL - Terkesan dengan video kucing mengandung yang dimasukkan ke dalam mesin pengering baju yang tular baru-baru ini, sekumpulan pelajar asasi TESL Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dengkil telah menganjurkan sebuah program kesedaran tentang haiwan jalanan bersama-sama dengan S.I Home Shelter, Seksyen 25, Shah Alam.

Program yang diberi nama 'Love Me Don't Hurt Me' ini dilaksanakan bagi memberi pencerahan kepada warga UiTM tentang kekejaman terhadap binatang dan cara-cara untuk mencegahnya. Para pelajar dan pensyarah juga diberi pendedahan mengenai aktiviti sukarela yang boleh disertai oleh mereka.

Penceramah jemputan, Nurul Ain dan Razeef, pengasas S.I Home Shelter menerangkan tentang latar belakang pusat penjagaan haiwan mereka serta usaha-usaha mereka untuk menolong kucing dan anjing terbiar sebanyak yang mungkin.

Mereka juga menceritakan beberapa kisah sedih mereka menyelamatkan kucing–kucing seperti Miracle dan Mama Cat yang pada mulanya memiliki harapan sangat tipis untuk hidup, namun kini hidup sihat dan gembira.

Pengarah program tersebut, Nurdini Ilyas berkata, program ini adalah usaha pelajar-pelajar Asasi TESL bagi menyedarkan warga UiTM tentang penderaan terhadap haiwan yang berlaku di negara kita.

“Sejak kebelakangan ini, kita sering kali dihidangkan dengan berita-berita kurang menyenangkan tentang nasib haiwan-haiwan jalanan di Malaysia. Bersempena dengan sambutan hari haiwan antarabangsa, kami, kumpulan T02 daripada Asasi TESL, UiTM Dengkil, telah mengendalikan sebuah acara berkaitan dengan haiwan jalanan di Studio Orkid, UiTM Dengkil.

“Saya berharap dengan kehadiran S.I. Home Shelter ke aktiviti ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak mereka untuk menguruskan haiwan-haiwan jalanan melalui hasil kutipan sumbangan pelajar-pelajar,” katanya yang juga seorang pencinta kucing.

Pada akhir majlis itu, sumbangan sejumlah RM1,137 telah berjaya dikumpulkan daripada warga UiTM Dengkil yang kemudiannya disumbangkan sepenuhnya kepada S.I Home Shelter.

Di bawah pemantauan pensyarah program Asasi TESL, Mahadi Kamaludin dan Muhamed Faeiz Alwee, program ini dihadiri oleh lebih 300 orang pelajar dan 9 orang pensyarah yang memberikan sokongan yang hebat kepada usaha menyelamatkan haiwan-haiwan tersebut.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...