> TERENGGANU > Pengasas syarikat perkapalan terkemuka dilantik Pengerusi LPU UMT yang baharu
Pengasas syarikat perkapalan terkemuka dilantik Pengerusi LPU UMT yang baharu

MENTERI Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik melalui suratnya bertarikh 24 September 2018 telah melantik Tan Sri Dato’ Halim Mohammad sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Oktober 2018.

Beliau merupakan pengasas kepada syarikat perkapalan terkemuka negara iaitu Halim Mazmin Berhad yang terkenal dan tersenarai di Bursa Malaysia.

Memiliki pengalaman luas dalam sektor maritim serta menjawat pelbagai jawatan penting di dalam badan kerajaan, pelantikan ini mampu menyumbang dan membawa UMT ke arah pencapaian kemajuan akademik dan organisasi yang lebih cemerlang selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan serantau dan antarabangsa.

Pemilihan pelantikan ini adalah amat tepat bagi memperkukuhkan dan memacu UMT melahirkan tenaga pakar yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang kelautan dan sumber akuatik.

Pelantikan ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan UMT dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang marin dan maritim di Malaysia serta dunia.

Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Dato’ Mohammed Azlan Hashim, mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UMT yang telah tamat tempoh kontraknya pada 30 September lalu.

Menteri Pendidikan juga melantik Azizul Nizam Bidin dari ITRAMAS Corporation Sdn. Bhd. sebagai Ahli LPU UMT yang baharu sebagai wakil sektor swasta bagi tempoh yang sama.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...