> > Hospital Canselor Tuanku Muhriz terima sumbangan RM1.25 juta
Hospital Canselor Tuanku Muhriz terima sumbangan RM1.25 juta

SHAH ALAM – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima Sumbangan Tabung Kebajikan Pesakit Hospital (TKPH) Lembaga Zakat Selangor (LZS) Fasa II/2018 bernilai RM1.25 juta.

Sumbangan zakat itu adalah keseluruhan bagi tahun 2018, iaitu RM250,000 bagi Fasa 1 dan RM1 juta adalah untuk Fasa 2.

Dana tersebut disalurkan untuk membantu pembiayaan kos peralatan dan ubat-ubatan bagi pesakit-pesakit Islam Selangor yang tidak berkemampuan dan mendapatkan rawatan di HCTM.

Sumbangan dan kerjasama erat pihak hospital melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HCTM UKM dengan LZS yang terjalin sejak lebih 10 tahun lalu telah banyak membantu dari segi kos perubatan pesakit di HCTM.

Jabatan Kerja Sosial Perubatan HCTM dipertanggungjawabkan menyelaras segala bentuk bantuan yang disalurkan kepada pesakit yang menerima rawatan di HCTM mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.

Sehingga kini, keseluruhan dana terkumpul untuk Tabung Kebajikan Pesakit HCTM dianggarkan sebanyak RM5 juta. Pada tahun ini sahaja dianggarkan lebih 450 orang pesakit telah diberikan bantuan kos perubatan daripada Tabung Kebajikan Pesakit di HCTM.

sesi bergambar selepas penyampaian sumbangan

Pengarah HCTM, Prof Datuk Dr Hanafiah Harunarashid telah hadir menerima serahan zakat tersebut yang disampaikan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Sebanyak 18 buah hospital lain di sekitar Selangor turut menerima sumbangan tersebut


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...