> JOHOR > Permintaan ayah agar anak bongsu pulang dari Mesir rupanya satu petanda
Permintaan ayah agar anak bongsu pulang dari Mesir rupanya satu petanda
NOR AZURA MD AMIN 12 October 2018

PONTIAN - Permintaan ayah agar anak bongsunya pulang dari Mesir rupa- rupanya petanda seorang nelayan, Salleh Mahmod, 61, ditemui lemas.

Menurut isterinya, Semmi Ishak, 58, suaminya meminta Siti Khadijah, 21, kini melanjutkan pengajian di sana agar pulang ke tanah air sejak sebulan yang lalu tidak menyatakan sebarang alasan.

Katanya, tambang pergi dan balik sebanyak RM2,300 juga telah dihantar kepada Siti Khadijah termasuk sumbangan anak-anak selain duit simpanan kepunyaan arwah sendiri.

“Tidak sangka itu merupakan permintaan terakhir allahyarham. Mujur Siti Khadijah selamat pulang ke tanah air petang kelmarin.

"Siti Khadijah dapat makan bersama kami sekeluarga termasuk dengan bapanya, sebelum tragedi ini berlaku," katanya.

Menurut Semmi, selain Siti Khadijah, seorang lagi anak lelaki, Abd. Malik, 27, turut belajar di Mesir dalam bidang usuluddin.

Katanya, jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Bagan, Rengit, setelah selesai urusan di Hospital Pontian.

Terdahulu, mayat Salleh ditemui oleh nelayan tempatan jam 10.00 pagi iaitu pada jarak 2km tempat dari tempat dia dipercayai jatuh di Jeti Nelayan Sungai Tampok, Benut jam 4.00 pagi, pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, operasi mencari mangsa telah digerakkan pada awal pagi melibatkan beberapa agensi.

Antaranya, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan komuniti nelayan tempatan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...