> AKTIVITI KAMPUS > Kreativiti staf UTeM, pelajar sekolah dan guru hasilkan mural berukuran 10 kaki x 20 kaki dalam masa dua hari
Kreativiti staf UTeM, pelajar sekolah dan guru hasilkan mural berukuran 10 kaki x 20 kaki dalam masa dua hari

BERTERASKAN inisiatif melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) maka Penerbit Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempunyai cara tersendiri dalam melaksanakan agenda berimpak ini bersama komuniti setempat di Kampung Gangsa, Durian Tunggal, Melaka baru-baru ini.

Seramai sebelas orang staf Penerbit Universiti yang mempunyai kepakaran dalam bidang seni grafik dan reka bentuk telah bergotong-royong menghasilkan sebuah mural di bangunan Sekolah Kebangsaan Gangsa.

Menurut Pengarah Penerbit Universiti, Nurhafidz Abdul Sahak, program CSR yang dianjurkan kali ini agak berbeza kerana menggabungkan unsur kreativiti sambil berinteraksi bersama pelajar dan guru-guru di sekolah berkenaan.

Staf Penerbit UTeM tekun menyiapkan mural sambil memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada pelajar SK Gangsa.
Staf Penerbit UTeM tekun menyiapkan mural sambil memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada pelajar SK Gangsa.

“Sewaktu menghasilkan mural, pelajar diberi peluang untuk mencuba serta mempelajari teknik-teknik yang digunakan dan ini secara tidak langsung menyemai minat dan kreativiti mereka untuk menceburkan diri dalam bidang seni grafik,” jelas Nurhafidz.

Katanya lagi, mural bertemakan penerokaan angkasa lepas itu bakal memberi inspirasi kepada pelajar sekolah berkenaan untuk memperkasakan bidang sains dan teknologi seterusnya mencapai cita-cita yang mereka impikan.

Pelajar SK Gangsa tidak melepaskan peluang merasai sendiri pengalaman menghasilkan mural sewaktu program CSR ini.
Pelajar SK Gangsa tidak melepaskan peluang merasai sendiri pengalaman menghasilkan mural sewaktu program CSR ini.

Bagi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gangsa, Hj. Zakaria Ghazalli pula menyambut baik inisiatif yang dibawakan oleh UTeM dalam menjadikan persekitaran sekolah yang kondusif dan ceria itu.

“Pihak sekolah amat berterima kasih kepada Penerbit UTeM kerana sudi meluangkan masa dan kepakaran serta memberikan pengalaman istimewa kepada pelajar kami terlibat sama dalam menghasilkan mural yang sangat menarik ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu Ketua Pegawai Maklumat (CIO) UTeM, Mohd Isa Mohd Dom yang turut hadir dalam program tersebut melahirkan rasa gembira berikutan sambutan yang ditunjukkan oleh pelajar sekolah berkenaan.

Nurhafidz (lima, kiri), Hj Zakaria (bertali leher) dan Mohd Isa (empat, kanan) serta staf Penerbit UTeM yang terlibat dalam program itu.
Nurhafidz (lima, kiri), Hj Zakaria (bertali leher) dan Mohd Isa (empat, kanan) serta staf Penerbit UTeM yang terlibat dalam program itu.

Beliau berharap agar pelaksanaan program CSR seumpama itu dapat memberi manfaat kepada komuniti sekitar UTeM khususnya dalam menyemarakkan kecintaan terhadap ilmu pengetahuan menerusi pelbagai aktiviti yang dirancang.

Mural berukuran 10 kaki x 20 kaki itu berjaya disiapkan dalam masa dua hari dan menjadi daya tarikan terbaru di sekolah berkenaan dalam masa yang sama ia turut menzahirkan kebersamaan UTeM bersama dengan warga pelajar, guru-guru dan komuniti setempat.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...