> ISU > Kita konvo sama-sama, tapi kau 'pergi' dulu... paling aku rindu, nak tengok kau makan tempe!
Kita konvo sama-sama, tapi kau 'pergi' dulu... paling aku rindu, nak tengok kau makan tempe!
WARTAWAN KAMPUS UOLS 12 October 2018

Hari Konvokesyen adalah memori indah yang akan kita kenang sampai bila-bila. Ini adalah perkongsian nostalgia Hari Konvokesyen yang dikongsi Izzati Nazifa di facebook Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengalu-alukan penuntutnya untuk berkongsi nostalgia mereka menjelang Hari Konvokesyen UPM.

Nostalgia Hari Konvokesyen UPM

Kami merupakan graduan yang telah bergraduat pada 2 November 2015 iaitu Hari Konvokesyen UPM yang ke-39. Izinkan kami berkongsi tentang sahabat kami yang telah pergi menghadap Ilahi. Namun, beliau sempat bergraduat pada tahun lepas.

Sahabat, ingat tak lagi waktu kita jalan beramai-ramai ke kelas. Well, sampai ke final year pun masih lalu laluan yang sama. Makgad, pakgad semua kenal dah geng kita ni. Tapi paling aku rindu, setiap pagi tak pernah miss mesej dari kau, "korang, jom!".

Time tu takda WhatsApp lagi. So kita berjom ke kelas guna mesej biasa je. Tapi takpe, sebab perkara macam tu la kita rapat sampai sekarang kan. Nak pulak time lunch. Kau selalu ambil tempe bebanyak. Aku pon cuba makan tempe. Sedap!! Rindu nak tengok kau makan tempe.

Ahh taknak lah cerita pasal tempe. Masuk bab assignment, kita tak pernah tak sekepala. Kita study sama-sama, buat study group sampai masing-masing mengantuk. Bila bosan, kita study video kucing kelakar kat youtube. Hmmph.

Dah lah hobi tengok video kucing, habis kelas tengok nota ade contengan-contengan comel bulat-bulat tak sama saiz. Ready lah nak struggle malam exam. Sampai satu kes, lecturer sentap sebab kite takde nota nak ulangkaji. Maafkan kami Dr. Well, lesson learnt. Hihihi.

Walau antara kita tak sama course, tak sekolej, tu tak jadi masalah pun untuk kita sebab kita semua brsahabat dengan satu misi; till jannah, until when-when, ever and forever! Tipu laa kalu tak gaduh-gaduh, terasa hati tu~ sedangkan lidah lagi tergigit. Tapi kita kan Divassssss, kasi cerita sini, semua settle. Kan? Haha.

Alhamdulillah. We achieve our friendship goals at the end, konvo bersama-sama. Hebat jugak kita ni after everything kita tempuh selama 4 tahun.

Lastly, dedikasi ni khas buat Mira, walaupun sekarang semua tu hanya memori semata, tapi kenangan bersama kau sangat berharga. Mengenalimu merupakan perkara terbaik dalam hidup kami. Semoga kau tenang di sana. Damailah kau di sana sahabat. Al-Fatihah Noor Amirah Aminudin (kedua dari kanan) yang telah pergi menghadap Ilahi pada 17 September 2016.

Million memories, thousand stories, hundred jokes, one reason, friendships."#NostalgiaKonvoUPM

Nukilan,

Izzati Nazifa, Alumni UPM


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...