> KELANTAN > Ibu sebak terima ijazah arwah anak sulungnya...hati terusik bila jumpa kawan sebilik arwah
Ibu sebak terima ijazah arwah anak sulungnya...hati terusik bila jumpa kawan sebilik arwah
ROSMIZA KASIM Sabtu | 13 Oktober 2018

KOTA BHARU-Seorang ibu tidak dapat menahan sebak apabila menggantikan arwah anaknya menerima ijazah daripada Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra semalam.

Zabedah Hamid, 44, berkata, sepatutnya sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kelapan semalam, anaknya, Noor Airen UmirahAzmi berada di pentas itu untuk menggenggam sendiri Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) tersebut.

Namun katanya, ALLAH SWT lebih menyayanginya apabila pada 29 Mei lalu anak sulungnya itu meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, selepas koma akibat komplikasi jantung.

“Sepatutnya kakak (arwah) naik pentas hari ini, bukan saya. Saya dan suami hanya duduk di bawah ini tengok dia gembira terima ijazah hasil usahanya siang dan malam.

“Memang sedih sangat, tambah-tambah lagi kami tidak berada di sisinya ketika hayat akhirnya. Hari ini bila tengok sekeliling dan jumpa kawan sebilik arwah hati kami terusik. Tapi kami bangga dia seorang anak yang baik,” katanya kepada media.

Suri rumah sepenuh masa itu juga berkongsi perbualan terakhirnya pada 28 Mei lalu sehari sebelum kematian yang mana anaknya meminta dia tidak menziarahinya kerana sudah sihat dan akan keluar hospital selepas mendapat keputusan ujian darah.

“Hari ini genap 136 hari pemergiannya. Dia pergi tanpa sebarang perubahan dan kami teringat sikapnya yang manja. Makan perlu bersuap. Dengan kawan-kawan pun dia manja,” katanya.

Zabedah bersama suaminya, Azmi Osman datang dari Pulau Pinang itu turut bangga dengan kejayaan anaknya yang setiap semester mendapat anugerah dekan.

Zabedah (dua kanan) bersama suaminya, Azmi berkongsi kegembiraan keluarganya bersama dua graduan yang mendapat Anugerah Pelajaran DiRaja.
Zabedah (dua kanan) bersama suaminya, Azmi berkongsi kegembiraan keluarganya bersama dua graduan yang mendapat Anugerah Pelajaran DiRaja.

Ibu kepada dua anak itu juga berkata, Noor Airen Umirah pernah menyuarakan impiannya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas menerima ijazah.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...