> KELANTAN > Dua graduan UMK terima Anugerah DiRaja
Dua graduan UMK terima Anugerah DiRaja
ROSMIZA KASIM Isnin | 15 Oktober 2018

KOTA BHARU - Dua graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) iaitu Darwisy Shahidy Baharudin dari Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan dan Dr Ng Kian Yiing, jurusan Perubatan Veterinar menerima Anugerah DiRaja sempena Istiadat Konvokesyen UMK Kelapan.

Darwisy Shahidy anak jati Kelantan dan Kian Yiing dari Kedah itu mendapat anugerah tersebut yang disampaikan pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra di sini baru-baru ini.

Berkongsi kejayaan tersebut, Darwisy Shahidy, 25 tahun anak kepada pasangan peniaga dan pemandu pelancong itu berkata, dia tidak pernah menjangka akan memperoleh kejayaan yang terlalu besar itu.

“Pada hari pertama melangkah kaki di sini saya menanam impian untuk mendapat anugerah paling tinggi di sini, Tetapi itu mustahil untuk saya jika tidak berusaha.

“Alhamdulillah Allah SWT makbulkannya. Ini hadiah untuk diri sendiri dan keluarga tanpa berkat doa ibu bapa dan sokongan semua termasuk pensyarah tidak mungkin saya dapat ini semua," katanya.

Anak kedua dari enam beradik itu juga semasa masih belajar telah membuka perniagaannya sendiri iaitu Creaspire Studio dengan bimbingan UMK dan mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat menghasilkan animasi adaptasi komik lukisan tarbiah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sebak terima ijazah arwah anak sulungnya...hati terusik bila jumpa kawan sebilik arwah

Sementara itu, Kian Yiing berkata, sepanjang lima tahun di sini, satu jangka masa yang amat mencabar baginya dan anugerah yang diberikan menjadi pembakar semangat kepadanya untuk terus menuntut ilmu.

“Sebelum ini saya bercita-cita untuk menjadi doktor perubatan tetapi takdir menentukan saya di jurusan veterinar. Saya bersyukur dan berusaha bersungguh-sungguh kerana jurusan ini juga mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyelamatkan nyawa juga.

“Sepanjang pengajian, kawan-kawan dan pensyarah banyak membantu saya. Dalam tempoh ini saya rasa tidak pernah rehat. Selepas ini saya akan terus belajar lagi supaya hasrat saya untuk membina sebuah hospital haiwan akan menjadi kenyataan,” katanya.

Kian Yiing pernah mendapat anugerah pembentang terbaik tahun lalu di Bangkok yang berkaitan dengan keberkesanan antibiotik dari ekstrak buah-buahan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...