> TERENGGANU > Kolej Universiti Bestari bakal dinaiktaraf universiti tahun 2019
Kolej Universiti Bestari bakal dinaiktaraf universiti tahun 2019
NORHASPIDA YATIM Selasa | 16 Oktober 2018

KUALA TERENGGANU – Universiti berkonsepkan wakaf milik badan bukan kerajaan (NGO), Kolej Universiti Bestari (UCB) yang beroperasi di Bandar Permaisuri, Setiu akan dinaik taraf menjadi universiti penuh pada 2019.

Pengerusi Lembaga Pengelola UCB, Profesor Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor berkata, pengiktirafan itu sejajar dengan misi universiti bagi melahirkan lebih ramai graduan holistik yang menguasai ilmu dunia dan akhirat.

“Kita mahu cipta kelainan dengan mengeluarkan graduan berteraskan I (Iman) P (Pemimpin) dan U (Usahawan) dengan memiliki lebih ‘value added’. Ia membezakan pelajar kita dengan pelajar di kolej universiti lain.

“Kita mahu lahirkan graduan serba boleh yang memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang seperti pakar dalam bidang agama dan dalam masa yang sama mahir dalam teknologi terkini, perniagaan dan kemahiran-kemahiran lain,” katanya pada sidang media semalam sempena Pra-Konvokesyen kali ke-5, UCB yang akan diadakan pada 27 Oktober di Taman Tamadun Islam (TTI).

Turut hadir Naib Canselor UCB, Prof Dr Sakri Ibrahim dan Timbalannya, Prof Dr Sulaiman Yamin.

Ditanya nama baharu yang akan diberikan terhadap universiti itu, katanya ia masih di peringkat perbincangan dan akan dimaklumkan apabila tiba masanya.

Dalam pada itu, katanya, walaupun dinaik taraf menjadi universiti penuh, UCB masih mengekalkan kuota pelajar seramai 2,000 orang dengan jumlah pengambilan pelajar baharu seramai 600 orang pada satu-satu masa.

“Antara anjakan yang akan dilakukan ialah suntikan sebanyak 20 peratus kursus yang ditawarkan dengan memasukkan digital marketing dalam beberapa silibus terpilih.

“Tujuan kita supaya graduan yang dilahirkan akan lebih ke hadapan, memiliki lebih pengetahuan dan kepakaran dalam pelbagai kemahiran dan boleh dipasarkan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya, UCB kini telah melahirkan kira-kira 7,000 graduan di peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan kini telah memulakan pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) awal tahun ini.

“Kini kita memiliki 15 kursus pengajian di UCB dan tambahan lima program terbaharu menjadikan sebanyak 20 program yang ditawarkan di kolej universiti ini buat masa sekarang.

“Berdasarkan statistik, lebih 80 peratus graduan yang kita lahirkan berjaya mendapatkan pekerjaan dan ia membuktikan graduan UCB laris di pasaran,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...