> CETUSAN > Ingin tahu anda punya 'faktor gelap', baca ni...
Ingin tahu anda punya 'faktor gelap', baca ni...
AZIZI AHMAD 16 October 2018

Narsisis, psikopat (kurang siuman) dan sadis semuanya mempunyai persamaan iaitu teras keperibadian yang ‘gelap’.

Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa sifat keperibadian gelap adalah merupakan manifestasi kecenderungan yang mendasari untuk meletakkan atau mengangkat diri sendiri dengan mengorbankan orang lain.

Para penyelidik menamakan kecenderungan asas ini sebagai 'faktor D' (Dark-factor) atau ‘faktor gelap’.

"Kajian terdahulu telah memberi tumpuan pada perbezaan antara ciri-ciri gelap, kerana sudah tentu ada perbezaan antara narsisisme dan tingkah laku psikopat dalam kehidupan seharian,” kata penyelidik utama, Ingo Zettler, seorang profesor psikologi di Universiti Copenhagen.

“Tetapi kini penyelidik lebih berminat dengan mencari persamaan,” sambungnya lagi.

Faktor-D, yang Zettler dan rakan-rakannya cuba terangkan dalam kajian ini adalah sama dengan konsep kecerdasan umum, atau 'faktor G'.

Dalam hal kecerdasan, faktor G adalah faktor/nombor yang merumuskan kecerdasan seperti yang diukur dalam pelbagai jenis ujian. Seseorang yang bagus dan cenderung dalam penaakulan berhujah dikatakan juga mampu melakukan ujian keupayaan lisan atau matematik. Dan faktor G bagi seseorang itu adalah merupakan dan dianggap sebagai peramal atau 'predictor' bagi menentukan pencapaian kehidupan seperti kejayaan kerjaya, pendapatan dan juga kesihatan.

Biasanya penyelidik menumpukan pada tidak lebih daripada tiga atau lebih sifat gelap pada satu masa.

Salah satu jenis yang paling biasa ialah 'ciri gelap' narsisisme (mementingkan diri sendiri dan bermegah), Machiavellianism (kesediaan untuk memanipulasi orang lain untuk kepentingan diri) dan psikopati (menakutkan dan berkelakuan antisosial).

Zettler dan rakan-rakannya memperluaskan senarai penyelidikan sebelumnya, mereka menguji sejumlah sembilan sifat gelap.

Enam yang lain adalah egoisme (tumpuan pada pencapaian sendiri); penyingkiran moral (kepercayaan bahawa peraturan etika tidak melibatkan diri sendiri); kelayakan psikologi (kepercayaan bahawa seseorang lebih berhak daripada yang lain); sadisme (keseronokan dengan mencederakan orang lain); kesombongan (keinginan untuk membalas dendam, walaupun pada menjejaskan diri sendiri); dan kepentingan diri sendiri.

Penyelidik mendapati, ciri-ciri gelap ini didapati cenderung bersama dan seiring. Malah, faktor D yang mendasari isu ini adalah cukup kuat untuk mengambil kira personaliti gelap keseluruhan, walaupun salah satu daripada sembilan sifat tidak diambil kira.

Apa yang jelas mendasari semua sifat ini adalah kesanggupan dan kesediaan individu yang bermasalah untuk memanipulasi, menggunakan atau menyakiti orang lain untuk tujuan kepentingan dan keuntungan diri sendiri.

Tingkah laku antisosial, pencerobohan, penipuan adalah merupakan ciri yang dikaitkan dengan faktor gelap (Dark-factor).

*Penulis merupakan seorang pendidik , di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...