> Nugget Pisang inovasi terbaharu dari Duta Jauhar USIM 5.0
Nugget Pisang inovasi terbaharu dari Duta Jauhar USIM 5.0
NURUL NABILAH JOHARI, USIM 17 October 2018

NILAI - Bagi meneruskan delegasi Duta Jauhar sebelum ini, Duta Jauhar USIM 5.0 kali ini tampil dengan produk baharu yang diberi nama ‘Nugget Pisang’. Produk Duta Jauhar USIM 5.O kali ini telah mencipta inovasi melalui buah-buahan tempatan iaitu pisang.

Produk ini juga merupakan produk pertama di Malaysia yang memperkenalkan nugget dari buah pisang. Idea asal yang dicetuskan oleh pengarah projek sendiri iaitu, Adlin Hayat Mustafa dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Program Bahasa Arab dan Komunikasi.

”Memilih nugget kerana kebanyakan kanak-kanak pada hari ini gemar memakan makanan segera seperti nugget ayam, bebola ikan, burger dan sebagainya. Kandungan kalori yang tinggi dimana tidak baik diambil secara berlebihan oleh kanak-kanak mencetuskan idea untuk menginovasikan produk nugget dari buah pisang ini.

”Kebanyakan orang kampung senang untuk menanam pokok pisang ini, juga selain pembaziran sekiranya lambakan buah, ia juga boleh dijadikan snek atau nugget untuk jualan bagi tambah pendapatan sampingan.

”Pisang mudah didapati dan harga juga yang berpatutan, selain sebagai pencuci mulut ia juga sesuai untuk dibuat kuih muih, kek dan sebagainya. Pisang yang digunakan dalam nugget ini adalah 100% dari buah-buahan asli. Kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat sangat sesuai untuk ibu mengandung. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium,” katanya.

Dengan adanya projek sebegini ia dapat memberi peluang pekerjaan kepada golongan sasaran. Projek ini diusahakan oleh golongan sasaran, manakala kumpulan Duta Jauhar pula akan membantu dari segi pemasaran produk.

“Golongan sasaran kami terdiri daripada ibu tunggal seramai 6 orang, dan mereka yang tinggal di kawasan kampung Parit Haji Anuar, Ayer Hitam, Muar Johor. Kami yakin dengan adanya projek sebegini akan meningkatkan kos sara hidup mereka serta membantu menjadikan kehidupan mereka lebih baik pada masa akan datang,” jelasnya lagi.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...