> SEL KL > Pelajar UPM dominasi PIN '18 kategori Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana
Pelajar UPM dominasi PIN '18 kategori Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana
DR ROBIAH YUNUS, UPM Khamis | 18 Oktober 2018

PELAJAR-pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) cemerlang apabila mendominasi pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi Kebangsaan (PIN’18) bagi kategori Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana di Technology Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi kategori Doktor Falsafah, Izwaharyanie Ibrahim memenangi tempat pertama dengan menerima trofi, sijil penyertaan dan wang tunai RM1,500 menerusi projek bertajuk Modification of Three-Dimensional Printed Electrode with Cellulose Acetate Beads Infused with Cadmium Sulphide Nanoparticles and Graphene for Dual-functional Photo Electrochemical Sensor-adsorbent of Copper (II) Ions.

Juara Kategori Doktor Falsafah dimenangi Izwaharyanie.
Juara Kategori Doktor Falsafah dimenangi Izwaharyanie.

Tempat ketiga kategori sama turut dimenangi penuntut UPM, Shafarina Azlinda Ahmad Kamal yang menerima trofi, sijil penyertaan dan wang tunai RM500 menerusi projek bertajuk Graphene-Conductive Inks as A Disposable Carbon Dioxide Gas Sensor.

Tempat sagu hati kategori tersebut turut diraih seorang lagi penuntut UPM, Mohd Amirul Syafiq Mohd Yunos bagi projek penyelidikan Pembangunan Penyurih Radioaktif Nanopartikel Emas Industri untuk Pengesanan Awal Masalah Sistem Aliran dalam Industri Pemprosesan Kimia dan Petrokimia dengan menerima sijil penyertaan dan wang tunai RM100.

Sementara bagi kategori Ijazah Sarjana, Farah Najwa Nabila Mohd Hatta memenangi sagu hati menerusi projek penyelidikannya bertajuk Microbial Nanofactories for Production of Silver Nanoparticles Utilizing a Locally Isolated Malaysian Bacterial Strain as an Alternative Source of Antimicrobial Agents dengan menerima sijil penyertaan dan wang tunai RM100.

Antara pelajar UPM yang memenangi pertandingan.
Antara pelajar UPM yang memenangi pertandingan.

Hadiah-hadiah disampaikan Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), Isnaraissah Munirah Majilis, disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pengkomersialan) MESTECC, Datuk Kua Abun dan Setiausaha Bahagian Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, Dr. Abdul Kadir Masrom.

PIN’18 anjuran Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) di bawah MESTECC memberi peluang kepada pelajar-pelajar ijazah Sarjana serta Doktor Falsafah dalam mengetengahkan idea-idea kreatif mereka yang berinovatif untuk diserapkan dalam penyelidikan supaya mampu dilaksanakan bagi pembangunan nanoteknologi dan penghasilan bahan untuk diaplikasikan dalam pelbagai sektor industri.

NNC berusaha memberi pendedahan kepada umum mengenai nanoteknologi yang bertindak sebagai satu bentuk budaya serta sumber ekonomi ke arah sebuah negara berinovasi dan berpendapatan tinggi.

Program ini turut membuka ruang imaginasi yang luas berkaitan Nanoteknologi yang lebih berinovatif yang berpotensi besar dilaksanakan pada masa akan datang.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...