> SEL KL > KPTM, KUPTM terus lahirkan 5,202 graduan baharu: KUPTM lahirkan graduan sulung program Ijazah dan Sarjana
KPTM, KUPTM terus lahirkan 5,202 graduan baharu: KUPTM lahirkan graduan sulung program Ijazah dan Sarjana
MUHAMMAD IQBAL RAMLAN Selasa | 23 Oktober 2018

PUTRAJAYA - Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) telah berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan seramai 5,202 graduan daripada 44 kursus pengajian yang ditawarkan di KPTM dan KUPTM. Seramai 4199 graduan adalah daripada 8 Kampus cawangan KPTM manakala 1003 lagi adalah graduan KUPTM Kuala Lumpur.

RINA HARUN
RINA HARUN

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar. Menurut beliau dalam ucapannya, sejak tertubuhnya KPTM pada tahun 2003, hampir 51,000 orang pelajar telah dilahirkan di KPTM.

Para penerima Anugerah Kecemerlangan.
Para penerima Anugerah Kecemerlangan.

“Saya yakin, mereka yang telah mendahului anda sebelum ini telah berjaya di luar sana dan menjadi sebahagian daripada tenaga kerja yang penting dalam menggerakkan pembangunan negara ke arah kecemerlangan,” kata beliau.

Hari pertama, untuk Sidang 1, majlis telah menyaksikan seramai 1,003 graduan KUPTM menerima diploma dan ijazah bagi kategori Sarjana MBA KUPTM (Homegrown), Ijazah Sarjana Muda KUPTM (Homegrown), Ijazah Sarjana Muda Program Kerjasama dengan Coventry University, United Kingdom dan Dublin Business School, Ireland, Penyampaian Sijil Program Professional, dan Penyampaian Diploma KPTM (Homegrown).

Para graduan KUPTM pada Sidang 1.
Para graduan KUPTM pada Sidang 1.

Pada majlis konvokesyen kali ini, seramai 615 graduan telah berjaya menerima Anugerah Kecemerlangan pelajar bagi empat kategori untuk KPTM dan tiga kategori untuk KUPTM. Anugerah ini diberikan bagi mengiktiraf kecemerlangan para graduan dalam bidang akademik, Kokurikulum dan kepimpinan.

Muhammad Haziq Nordin, penerima Anugerah Berlian peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Muhammad Haziq Nordin, penerima Anugerah Berlian peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Untuk KPTM, seramai 436 graduan telah menerima Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif, 23 graduan telah menerima Anugerah Pingat Emas, 2 graduan telah menerima Anugerah Kecemerlangan Program Usahasama Coventry University (Best Project) dan seorang graduan telah menerima Anugerah Platinum.

Nurul Jannah Athira Zainal, penerima Anugerah Berlian peringkat Diploma.
Nurul Jannah Athira Zainal, penerima Anugerah Berlian peringkat Diploma.

Manakala bagi KUPTM pula, seramai 138 graduan telah menerima Anugerah Naib Canselor, 13 graduan telah menerima Anugerah Nilam Baiduri dan 2 graduan telah menerima Anugerah Berlian.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...