> ISU > Musim konvokesyen... Dia Fadilla turut genggam Ijazah Sarjana Seni Persembahan Muzik
Musim konvokesyen... Dia Fadilla turut genggam Ijazah Sarjana Seni Persembahan Muzik
WARTAWAN KAMPUS UOLS Selasa | 23 Oktober 2018

Pelantun lagu “Tangisan Marhaenis” dalam program Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Dia Fadilla atau nama sebenarnya Nur Fardilla Nadia Abu Bakar, 34 tahun berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Seni Persembahan Muzik (Pusat Kebudayaan) sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-58 di Dewan Tunku Canselor, DTC.

“Saya sangat gembira dan amat bersyukur serta berterima kasih kepada suami saya, Redza yang banyak memberi dorongan untuk saya mengapai impian belajar ke peringkat yang tertinggi. Kedua ibu bapa dan anak-anak saya, Qaseh Dhiya dan Chinta Qadisa juga banyak memberi sokongan kepada saya untuk menamatkan pengajian.

Dia Fadilla mahu menyumbang kembali kepada masyarakat bagi memartabatkan industri muzik tanah air.
Dia Fadilla mahu menyumbang kembali kepada masyarakat bagi memartabatkan industri muzik tanah air.

“Saya perlu menyusun jadual harian saya mengikut keadaan semasa, apabila saya hamil dan melahirkan anak, berpantang dan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dalam masa yang sama bukan mudah.

“Saya perlu menangguhkan pengajian untuk beberapa semester, Alhamdulillah saya berjaya mengharunginya,” ujar Dia Fadilla yang memulakan pengajian peringkat Sarjananya pada tahun 2014.

Dia Fadila mengambil masa selama empat tahun untuk menamatkan pengajiannya, dan beliau memilih tajuk kajian “Stail Nyanyian Saloma Daripada Perspektif Vokal Klasikal Barat : Register (Vokal)”.

Vocal register atau penempatan vokal ialah salah satu elemen yang sangat penting dalam nyanyian ataupun teknik vokal. Seorang vokalis (penyanyi) tidak boleh memaksimakan kualiti vokal, jangkauan vokal (vocal range), pembentukan posisi pita suara (vocal cord) atau kualiti ton tanpa menguasai vocal register.

“Jadi, saya cuba mengkaji bagaimana Saloma menyanyikan lagu-lagu beliau sehingga menjadi malar segar sehinga kini,” jelas Dia Fadilla.

Dia Fadilla dan suaminya, Redza serta dua orang anaknya Qaseh Dhiya dan Chinta Qadisa bergambar bersama selepas menerima Ijazah Sarjana Seni Persembahan Muzik di UM.
Dia Fadilla dan suaminya, Redza serta dua orang anaknya Qaseh Dhiya dan Chinta Qadisa bergambar bersama selepas menerima Ijazah Sarjana Seni Persembahan Muzik di UM.

Dia Fadilla menegaskan hasrat menyambung pengajian di UM kerana terkesan dengan sumbangan arwah bapa mertuanya yang merupakan bekas Naib Canselor UM, Allahyarham Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdullah Sanusi Ahmad.

“Keinginan untuk menyambung pengajian di universiti tertua dan merupakan universiti terbaik di Malaysia ini turut didorong oleh kakak ipar saya yang menjadi pensyarah di sini. Sebelum ini, saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Muzik dari Universiti Teknologi MARA, UiTM,” tegas Dia Fadilla yang merasakan beliau perlu bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu yang dipelajari dengan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang hiburan di Malaysia.

Dia Fadilla pernah muncul dengan dua album, “Dia” pada 2004, “Na Na Na...Kataku” (2007) dan satu album kompilasi “Terbaik Dariku” (2009). Beliau turut diberi penghormatan menyanyikan lagu untuk sesi selingan di sidang keempat majlis Istiadat Konvokesyen UM ke-5 edisi ke 58 ini.

Untuk rekod, Istiadat Konvokesyen UM kali ke-58 ini yang bermula pada 20 Oktober lalu menyaksikan seramai 5 ribu 279 graduan menerima ijazah masing-masing.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...