> IKON > Bukan setakat pemain utama Futsal UPM, Diana bolot juga sukan lain termasuk ragbi! Rupa-rupanya dia...
Bukan setakat pemain utama Futsal UPM, Diana bolot juga sukan lain termasuk ragbi! Rupa-rupanya dia...

MELIHAT kepada personalitinya, mungkin ramai tidak menyangka Sarah Diyana Noor Azami, 25, seorang yang aktif dalam pelbagai jenis sukan terutama futsal yang mana dia merupakan salah seorang pemain utama pasukan futsal Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bukan setakat futsal, anak ketiga daripada empat beradik berasal dari Kamunting, Perak ini turut mempunyai pasukan di luar UPM dalam sukan touch rugby dan bola keranjang di samping menganggotai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Laut UPM.

"Mewakili Palapes UPM (Laut), selain futsal, saya juga mengambil bahagian dalam sukan bola jaring, hockey deck, bola tampar dan renang serta pernah menjadi johan dalam Karnival Sukan Palapes Laut pada 2015," katanya mengimbas penglibatan dalam aktiviti ini.

Bersama pasukan bola keranjang.
Bersama pasukan bola keranjang.

Tambahnya, selain minat, aktiviti seperti ini sangat membantu dalam membina jati diri dan kemahiran insaniah.

"Pada mulanya, penglibatan dalam sukan ini hanya ingin mengisi masa lapang. Walaupun aktiviti agak padat, tapi ia mengajar saya untuk lebih menghargai masa dan sentiasa menuju ke hadapan. Pengalaman sebegini susah untuk kita dapat di tempat lain. Tambahan pula, saya dapat mengenali ramai kawan baharu yang banyak mengajar erti kehidupan," katanya yang turut mendapat dorongan daripada keluarga terutama ibu bapa.

Bersama ibu bapa dan kakak semasa konvokesyen peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik.
Bersama ibu bapa dan kakak semasa konvokesyen peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik.

AKTIVITI KESUKARELAWANAN

Memilih bidang fizik dan kini sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana (Master) Sains Fizik dan Kejuruteraan Bermatematik di UPM, menurut Sarah Diyana pada mulanya dia ingin mengambil jurusan matematik.

"Tetapi atas nasihat keluarga dan kawan-kawan, saya mengambil keputusan mengambil jurusan major fizik kerana subjek ini bukan sekadar bahan ilmu pengetahuan, sebaliknya juga boleh digunakan dalam kehidupan manusia. Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan pengajian dan atas dorongan kuat keluarga dan sahabat juga saya dapat menyambung pengajian ke level lebih tinggi dalam bidang pengajian Fizik dan Kejuruteraan Matematik," katanya.

Sebagai anggota Palapes Laut UPM pula, ia banyak mendedahkan dirinya dalam aktiviti kesukarelawanan.

Menganggotai Palapes UPM (Laut).
Menganggotai Palapes UPM (Laut).

"Hampir setiap tahun aktiviti ini menjadi kewajipan kami untuk melakukannya. Contohnya, pada tahun pertama saya memasukinya, Palapes UPM (Laut) telah mengadakan majlis bersama anak-anak yatim. Selain itu, kami pernah juga membuat khidmat masyarakat semasa banjir besar di Pahang, membantu membersihkan kawasan dan mengecat rumah-rumah serta memberi seberapa banyak sumbangan kepada pihak terlibat.

"Tambahan lagi, saya merupakan ahli Kelab Albiruni di fakulti saya. Kelab ini merupakan kelab siswa Melayu cemerlang. Antara program yang saya sertai ialah Program Jalinan Kasih iaitu program merapatkan lagi kasih antara ahli-ahli kelab. Semasa menjadi Timbalan Pengarah untuk Program Perkongsian Teknik Belajar. pula, terdapat input-input menarik dan berkesan yang semestinya dapat dikongsi bagi membantu kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar di samping memastikan kebolehpasaran pelajar selepas graduate," jelasnya yang juga merupakan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej dalam Sekretariat Sukan dan Rekreasi.

Bersama pasukan futsal wanita UPM.
Bersama pasukan futsal wanita UPM.

BIJAK BUAT PILIHAN

Sebagai seorang yang aktif menyertai pelbagai aktiviti, Sarah Diyana menitipkan pesanan; bijak buat pilihan.

"Saya selalu ingat pesan mama saya, katanya; kekadang kita banyak sangat kerja sampai tak menang tangan, tapi bersabar dan hadaplah ia. Tiba masanya, semua kerja itu pasti akan siap juga. Kuncinya: semangat, sabar, sentiasa berfikiran positif dalam setiap perkara, dan paling penting, ikhlas dalam melakukan setiap tugas.

Johan dalam satu kejohanan futsal.
Johan dalam satu kejohanan futsal.

"Tak kisahlah berapa banyak kerja yang kita kena buat, pilihlah yang mana terlebih dahulu perlu disiapkan, dan paling penting sebenarnya ialah jangan malas. Ambillah seberapa banyak pengalaman semasa kita belajar kerana pengalaman semasa belajar inilah yang akan mengajar dan membentuk kita untuk jadi diri kita yang sebenar. Dan pengalaman inilah yang akan jadi satu kenangan terindah, malah mengajar kita erti kehidupan sebenar," kongsinya.

Sarah turut menggemari aktiviti mendaki gunung.
Sarah turut menggemari aktiviti mendaki gunung.

PROFIL:

Nama penuh: Sarah Diyana Noor Azami

Pendidikan:

- Sekolah Kebangsaan Kamunting

- Sekolah Menengah Kamunting

- Sekolah Menengah Teknik Sepang

- Bachelor Sains Major Fizik (Degree) UPM

- Sedang mengikuti Master Sains Fizik dan Kejuruteraan Bermatematik di UPM

Pencapaian:

- Mewakili daerah dan negeri bagi sukan sofbol semasa di sekolah

- Menyertai Kejohanan Masum dan Liga IPT dalam acara futsal (UPM)

- Menyertai kejohanan terbuka bola baling UPM

- Menyertai mobiliti ke Thailand

- Fasilitator UniPutra 2014

- Menyertai Kem Bina Negara, Johor 2014

- Kelab Albiruni Fakulti Sains (Exco Aktiviti)

- Mendapat Anugerah Atlet Terbaik semasa Karnival Sukan Kosass

- Mendapat Anugerah Akademik Terbaik dalam Majlis Sejambak Budi anjuran Kolej

- Merupakan Kadet Wanita Terbaik dalam Palapes (Laut) UPM

- Pernah berlayar selama 10 hari menaiki Kapal Layar Samudera dari base Lumut ke Langkawi


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...