> PERAK > Terbaik buat Upsi apabila bolot hadiah pitching syarikat perunding muda simposium [email protected]
Terbaik buat Upsi apabila bolot hadiah pitching syarikat perunding muda simposium [email protected]
WARTAWAN KAMPUS ULOS Khamis | 25 Oktober 2018

BANGI - Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dinobatkan sebagai Universiti Terbaik Program Pitching Syarikat Perunding Muda Simposium [email protected] anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini.

Apa yang lebih manis, Upsi turut melakar sejarah tersendiri dengan membolot enam hadiah dalam dua kategori pertandingan iaitu Pitching Berkumpulan (Perunding Muda) dan Pitching Idea Perniagaan.

Bagi kategori Pitching Berkumpulan (Perunding Muda), UPSI dinobatkan johan bagi modul Modul Rekreasi Luar, Naib Juara Modul Percetakan Jersi, tempat ketiga Modul Peruncitan Sukan dan tempat kelima bagi Modul Pengurusan Gimnasium dan Kejurulatihan.

Manakala bagi kategori Pitching Idea Perniagaan, UPSI mendapat tempat pertama yang dimenangi oleh Anwar Kamarul Bahril dari modul Jurulatih Fizikal dan pengurusan Gimnasium. Mahasiswa/i Program [email protected] yang dilatih oleh Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan (FSSK) dan Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (EDGE).

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, barisan pengurusan dan seluruh warga Upsi, berbangga dengan kejayaan itu dan berharap semua warganya terus komited dalam memastikan universiti itu terus unggul bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga di persada antarabangsa.

"Program ini selaras dengan inspirasi UPSI sebagai Universiti No.1 Pendidikan di Malaysia dan juga di rantau ini.

"Program [email protected] merupakan satu program khusus pembangunan usahawan dalam kalangan mahasiswa oleh KPM yang melibatkan lima universiti awam iaitu UKM (ketua), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Upsi,"katanya.

Menurutnya, jangka masa pelaksanaan program [email protected] ini mengambil masa setahun bermula Julai 2017 hingga Julai 2018.

Katanya, program ini merupakan program perintis KPM untuk melahirkan usahawan sukan dalam kalangan mahasiswa di universiti awam Malaysia.

"Selain memberi pendedahan kepada pelajar Upsi berkenaan kemahuan, strategi dan keperluan pasaran sukan,"katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...